Category Archives: Konspirasi

Saya hampir letak jawatan MB kerana isu lembu, kereta – Khalid


SHAH ALAM, 5 Mac — Tan Sri Khalid Ibrahim buat kali pertama mengakui beliau hampir-hampir meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor — tidak sampai setahun dilantik mengetuai kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat — gara-gara tuduhan terlibat dalam rasuah awal tahun lalu.

Khalid, Pengerusi PKR Selangor, disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan isu sumbangan lembu korban bernilai kira-kira RM110,000 dan penyelenggaraan kereta peribadi atas kos kerajaan negeri, tetapi telah diisytiharkan bersih bulan lalu. Continue reading

Halang Umno BN capai majoriti 2/3 Dewan Rakyat

Sebelum ini, ruang ini telah dimuatkan pandangan Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu wakil rakyat melompat parti. Ia memberi natijah bahawa lompat tak boleh, melompat boleh yang bermaksud sebarang tindakan keluar dari perjuangan Pakatan Rakyat adalah tidak boleh, kerana dianggap meninggalkan perjuangan berteraskan prinsip kebenaran dan keadilan yang selari dengan Islam.

Sementara tindakan melompat masuk dibolehkan kerana ia merujuk kepada tindakan untuk meninggalkan perjuangan sekular yang palsu dan zalim, dan kemudian menyertai perjuangan berteraskan kebenaran dan keadilan Islam. Continue reading

Positivisme Ku Li dalam tuntutan royalti

oleh Wan Nik Wan Yussof (Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan)

Ku Li seorang positivisme

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah merealisasikan prinsip peribadinya dengan jaya sekali apabila tampil berceramah di Stadium Sultan Muhammad IV atas isu royalti minyak Kelantan.  Penampilan itu sebenarnya atas undangan penganjur sebuah badan gabungan 50 NGO bernama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) pada 28 Januari lalu.

Penganjur (GEGAR) merupakan gandingan Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dengan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT).  Maka, majlis ceramah perdana itu bukan anjuran Kerajaan Negeri atau parti PAS. Penampilan Ku Li pada malam itu sebenarnya adalah atas prinsip beliau seorang tokoh positivisme yang telah membukti orientasi struktural fungsionalisme kepada rakyat dan ibu pertiwinya Kelantan.   Continue reading

Dedahkan Identiti Pembakar Gereja

Kenyataan Media DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Mohd Azmin Ali yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda UMNO.

DPPWP berharap kerajaan segera siasat dakwaan beliau kerana ia melibatkan isu besar negara. DPPWP percaya YB Sdr Azmin Ali tidak akan bercakap sekiranya tidak ada fakta serta bukti yang kukuh. Sekiranya kenyataan beliau benar maka tindakan keras termasuk menyiasat motif sebenar serta dalang-dalang sebalik tragedi membakar itu perlu dilakukan segera. Continue reading

PAS kutuk serangan kepala babi

KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membaling kepala babi di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, perbuatan khianat ini jelas bertujuan untuk memprovokasi umat Islam untuk bertindakbalas.

“PAS berharap agar umat Islam dinegara ini dapat bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi ini,” jelasnya. Continue reading

Kepala babi dalam plastik? Sangat meragukan…

Dalam kes di Masjid Imam Tirmizi, Jalan Klang Lama kepala babi hutan yang ditinggalkan di dalam masjid berada dalam beg plastik. Kenapa tidak dikeluarkan terus? Barulah betul-betul nampak “real“, ianya datang dari orang yang betul-betul marah dan bertujuan menghina. Boleh jadi si penyerang ini berasa geli geleman untuk mengeluarkannya dari beg plastik tadi? Ataupun, si polan ini malas atau tidak reti untuk menyamak? Sebab dia tahu kalau tersentuh babi kena samak? Semua persoalan ni jelas menunjukkan siapa sebenarnya dalang dalam kes kepala babi masuk masjid ni seterusnya arkitek dalam konspirasi kalimah “Allah” ini. Memang sah kerja konspirator cap ayam yang tak reti nak “samak” “clue” yang jelas, terang lagi bersuluh.

Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid
oleh Jimadie Shah Othman, Malaysiakini
Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau. Continue reading

Letupan di Tehran agenda kelompok tertentu?

iran-mapTEHERAN: Bom diletup seorang penyerang berani mati membunuh 29 orang terbmasuk enam pegawai kanan Pengawal Revolusi Iran dan mencederakan 29 yang lain ketika persidangan ketua puak di Sarbaz, Sistan-Baluchistan, tenggara Iran, semalam.

Media tempatan mendakwa gerila Jundullah bertanggungjawab terhadap serangan itu, yang terburuk dialami Pengawal Revolusi dalam tempoh 28 tahun.

“Anak buah Abdolmalek Rigi melakukan serangan itu,” kata penganalisis merujuk kepada ketua kumpulan Jundullah.

Jundullah yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang membunuh 25 orang di sebuah masjid Mei lalu mendakwa mereka berjuang untuk mendapatkan hak kumpulan Sunni di Iran. Continue reading

Kerajaan BN hina tentera!

ATM Jeneral B Abd Aziz serah tugasCara persaraan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal yang memecah tradisi tanpa sebarang penghormatan yang sesuai dengan kedudukkannya menimbulkan pelbagai tanggapan rakyat terhadap cara kerajaan Barisan Nasional(BN) melayan ketua institusi keselamatan negara.

Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal boleh disifatkan sebagai “undur senyap senyap” , iaitu bersara tanpa apa-apa penghormatan tentera seperti perbarisan kehormat, jamuan makan malam, lawatan ataupun menemui rakan-rakan dari Negara lain, terutamanya negara-negara ASEAN. Semua itu lazim bagi seseorang Panglima ATM yang akan bersara malah ia dianggap satu “tradisi ketenteraan”. Continue reading

Osama sudah meninggal dunia?

osama meninggalPEMIMPIN Al-Qaeda, Osama bin Laden (gambar) dipercayai sudah meninggal dunia pada 13 Disember 2001 akibat penyakit buah pinggang tetapi pemerintah Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Britain dipercayai menyembunyikan kematiannya bagi meneruskan perang terhadap keganasan, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar itu, Pervez Musharraf semasa menjadi Presiden Pakistan pernah memberitahu stesen televisyen CNN di AS pada Januari 2002 bahawa Osama sudah meninggal dunia kerana sakit buah pinggang iaitu beberapa bulan selepas “serangan pengganas”  (baca: konspirasi 9-11) berlaku di New York. Continue reading

Pos Malaysia to probe undelivered MB’s cards

PostboxPOS Malaysia Bhd believes the 2,000 Hari Raya greeting cards from Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dumped in an apartment block on Monday, could probably be due to “an accident”, rather that be politically-motivated.

Pos Malaysia Bhd group corporate communications head Datin Rohaiza Hashim said the incident is under investigation.

“I am waiting for the full report before I can comment any further,” Rohaiza said.

On Monday, about 2,000 Hari Raya greeting cards bearing Khalid’s picture were found in the guardhouse of an apartment block in Bandar Seri Damansara. Continue reading

Kad raya kena boikot?

Dua Posmen Disiasat Ekoran Kad Tidak Dihantar
Pos_Malaysia_siputKUALA LUMPUR, 11 Sep (Bernama) — Pos Malaysia Berhad mengesahkan dua posmen kini disiasat berikutan dua guni kad ucapan Hari Raya Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dijumpai tersadai di sebuah pondok keselamatan di Bandar Tun Razak, Jumaat lepas.

Pemangku Ketua Pegawai Operasinya Bahaman Kamaruzzaman berkata mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Continue reading

Penduduk Seksyen 23 setuju lokasi baru kuil

oleh: Dzulfikar Mashoor

Ramzi Hj Ramli

SHAH ALAM, 9 Sept: Setelah dailog anjuran kerajaan negeri Selangor Sabtu lalu kecoh, mereka yang terbabit akhirnya akur dengan hasrat kerajaan negeri membina kuil untuk masyarakat minoriti India di negeri Pakatan Rakyat itu.

Jurucakapnya, Ramzi Hj. Ramli (gambar) dalam satu kenyataan di luar mahkamah menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima cadangan tapak kuil yang baru daripada kerajaan negeri dan mendapati ianya bersesuaian; kerana jauh dari tapak perumahan.

Beliau yang mewakili OKT terbabit, berharap masyarakat India tempatan juga boleh menerima cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu.

Continue reading

Ulama’ dalam sorotan perjuangan kemerdekaan

oleh: Abu Aiman

Tarikh kemerdekaan Negara kita yang tercinta jatuh pada tahun ini dalam suasana umat Islam mencari hidayah Tuhannya di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Keadaan Allah Subhanahu Wata’aala menurunkan bala’ H1N1 telah menyebabkan pihak kerajaan mengambil langkah menghadkan perhimpunan mega sempena hari kemerdekaan baru-baru ini. Pada tahun ini hari kemerdekaan jatuh pada hari Isnin, 31hb Ogos 2009 bersamaan dengan 10 Ramadhan 1430 Hijrah. Continue reading

Seksyen 23, Kepala Lembu dan Keris UMNO

sumber: Harakahdaily

SHAH ALAM, 2 Sept: Sejak demontrasi mengarak kepala lembu berdarah terjadi enam hari lalu, khalayak rata-ratanya ingin tahu siapakah sebenarnya di belakang demonstrasi yang mendakwa diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam ini.

Harakahdaily mengambil inisiatif bagi mengenalpasti siapakah mereka yang terlibat itu. Terbukti, hampir kesemua mereka adalah pemimpin Umno Selangor dan tempatan iaitu Seksyen 23. Continue reading