Category Archives: Undi Pos

Memorandum Pemuda PAS: Penyelewengan Undi Pos PRK Bagan Pinang

Table 1: Keputusan pengundian mengikut peti undi

MEMORANDUM ADUAN KEPADA SUHAKAM MENGENAI KETIDAKTELUSAN UNDI POS KHUSUSNYA MENGENAI PRK N.31 BAGAN PINANG YANG DIADAKAN PADA 11/10/2009.

BAHAWASANYA Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin tiap-tiap warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun dan bermastautin di Malaysia berhak untuk didaftarkan sebagai pengundi dan berhak mengundi di dalam bahagian pilihanraya yang ditetapkan;

BAHAWASANYA Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin semua orang termasuk pengundi pos yang terdiri daripada askar, polis dan lain-lain kumpulan adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang;

BAHAWASANYA Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan tiap-tiap warganegara untuk bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran termasuk bagi tujuan berkempen kepada para pengundi pos khususnya anggota tentera dan polis; Continue reading

Pemuda PAS desak Suhakam adakan inkuiri siasatan awam undi pos

Gambar AlbumKUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) mengadakan inkuiri siasatan awam berhubung wujudnya manipulasi undi pos di Bagan Pinang tempoh hari.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, berdasarkan sembilan kes yang berlaku sekali gus tidak memberi keyakinan kepada PAS tentang ketelusan proses undi pos dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau berharap Suhakam sebagai sebuah badan yang bebas dapat memberikan tindakan yang berkesan demi memelihara asas demokrasi negara ini. Bagaimanapun, Ustaz Nasrudin juga berjanji jika usaha mengadu kepada Suhakam tidak mendatangkan sebarang hasil Pemuda PAS akan melanjutkan masalah undi pos itu ke peringkat antarabangsa. Continue reading

PRK Bagan Pinang: PAS tuntut janji SPR kaji undi pos

Oleh: Jimadie Shah Othman

PAS ingin bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan niat mengungkit janji lama mantan pengerusinya Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman untuk mengkaji semula prosedur undi pos.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, pada 2004, tiga parti pembangkang utama pernah berbincang dengan Abdul Rashid, antaranya membincangkan kewajaran penggunaan Borang Lampiran 2 bagi pengundi pos.
Continue reading

PRK Bagan Pinang: UMNO Pening!

oleh: Lim Hong Siang

Barisan Nasional terpaksa berdepan dengan pilihan raya kecil ke-9, selepas kecundang tujuh kali berturut-turut di Semenanjung Malaysia.  UMNO-BN bukan sahaja mengekalkan kekalahan dalam PRU ke-12 di kawasan milik Pakatan Rakyat, malah kehilangan kerusi Kuala Terengganu yang asalnya dimenangi dengan majoriti 628 undi.

DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan meletakkan UMNO-BN dalam keadaan yang lebih selesa, dengan majoriti 2,333 undi memihak kepada BN dalam PRU ke-12.  Walaupun dari struktur pengundi memperlihatkan satu pertiganya terdiri daripada bukan-Melayu (India 20%; Cina11%), namun kelebihan BN terletak pada “undi pos”, yang merupakan satu pertiga daripada jumlah undi keseluruhannya. Continue reading

PRK Bagan Pinang: UMNO memang bermasalah

oleh: Mohd Sayuti Omar

nisan-umnoNAMPAKNYA UBN tidak merasa selesa dengan kelebihan undi di kalangan tentera. Khabarnya jumlah undi tentera dan undi pos di DUN Bagan Pinang ini tinggi mencecah kira-kira 5,000. Kehadiran undi tentera ini dari kem tentera yang bermukim di situ. Biasanya undi tentera secara automatik berpihak kepada UBN. Walaupun tentera ada yang tidak setuju dengan UBN, namun selalunya undi mereka dikhianti.

Proses pengundian dalam kem, memangkah hanya dilakukan oleh seorang atau dua orang ketua sahaja. Banyak tempat yang berkeadaan seperti ini di mana calon-calon UBN di selamatkan oleh undi tentera. Misalnya di parlimen Setiawangsa, di Lumut Perak dan juga Kok Lanas Kelantan. Nescaya kalau tiada ‘kemudahan’ undi tentera atau undi pos berpeluh calon UBN untuk menanginya.

Continue reading

PRK Bagan Pinang: PAS mahu menang

Oleh Mohd Zuharman

PasKOTA BHARU, Sept 11 — Walaupun pilihan raya kecil Bagan Pinang dianggap sukar bagi Pakatan Rakyat, namun para veteran pilihan raya di Kelantan yakin PAS boleh berbuat sesuatu untuk menjadikan kemenangan di situ adalah realiti.

Datuk Omar Mohamad, bekas Ketua Penerangan PAS Pusat  menyifatkan pandangan PAS sukar dalam pilihan raya itu hanya satu andaian berbentuk spekulatif sahaja dan memang sudah menjadi lumrah setiap kali berlakunya pilihan raya.

Namun begitu, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP adalah parti yang berpegang teguh pada prinsip tidak pernah gentar dengan sebarang spekulasi ataupun ugutan bagi menghadapi pihak lawan. Continue reading

PRK Bagan Pinang: Undi Pos “simpanan tetap” BN – Taufek

posSEREMBAN, 8 Sept – PAS akui terpaksa menghadapi beberapa kekangan untuk menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, terutama membabitkan undi pos.

Yang dipertua PAS kawasan Rembau, Mohd Taufek Abd Ghani menyifatkan undi pos sebagai ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

“Bagi saya, walaupun Bagan Pinang dilihat sebagai kubu kuat BN, tetapi ia lebih kepada kekuatan undi pos. Saya melihat Bagan Pinang merupakan antara kawasan tertinggi membabitkan undi pos,” katanya semalam. Continue reading