Category Archives: Bagan Pinang

Memorandum Pemuda PAS: Penyelewengan Undi Pos PRK Bagan Pinang

Table 1: Keputusan pengundian mengikut peti undi

MEMORANDUM ADUAN KEPADA SUHAKAM MENGENAI KETIDAKTELUSAN UNDI POS KHUSUSNYA MENGENAI PRK N.31 BAGAN PINANG YANG DIADAKAN PADA 11/10/2009.

BAHAWASANYA Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin tiap-tiap warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun dan bermastautin di Malaysia berhak untuk didaftarkan sebagai pengundi dan berhak mengundi di dalam bahagian pilihanraya yang ditetapkan;

BAHAWASANYA Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin semua orang termasuk pengundi pos yang terdiri daripada askar, polis dan lain-lain kumpulan adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang;

BAHAWASANYA Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan tiap-tiap warganegara untuk bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran termasuk bagi tujuan berkempen kepada para pengundi pos khususnya anggota tentera dan polis; Continue reading

Pemuda PAS desak Suhakam adakan inkuiri siasatan awam undi pos

Gambar AlbumKUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) mengadakan inkuiri siasatan awam berhubung wujudnya manipulasi undi pos di Bagan Pinang tempoh hari.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, berdasarkan sembilan kes yang berlaku sekali gus tidak memberi keyakinan kepada PAS tentang ketelusan proses undi pos dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau berharap Suhakam sebagai sebuah badan yang bebas dapat memberikan tindakan yang berkesan demi memelihara asas demokrasi negara ini. Bagaimanapun, Ustaz Nasrudin juga berjanji jika usaha mengadu kepada Suhakam tidak mendatangkan sebarang hasil Pemuda PAS akan melanjutkan masalah undi pos itu ke peringkat antarabangsa. Continue reading

PRK Bagan Pinang: Pemuda PAS kena tetak

Pemuda PAS kena tetakBAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian malam tadi, sekumpulan lelaki terbabit dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu. Continue reading

PRK Bagan Pinang: Pencalonan Isa bukti hipokrasi UMNO tangani rasuah

ImageKOTA BHARU, 4 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap Umno-BN berpura-pura dalam usaha membanteras rasuah dan politik wang, bahkan konsep “1Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan” seolah-olah menghalalkan rasuah dan politik wang.

Ini jelas apabila Umno memilih Tan Sri Isa Samad yang disabitkan rasuah sebagai calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober nanti dan ianya mendapat sokongan kerajaan terutama Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. Continue reading

PRK Bagan Pinang: Zulkefly fokus estet, pantai dan kem tentera

sumber: Malaysiakini

poster_calon1_n31Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar akan mendekati golongan berpendapatan rendah serta mendapatkan gaji minimum untuk pekerja ladang dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ini merupakan antara usahanya untuk menyelesaikan isu-isu yang disuarakan penduduk di kawasan berkenaan, seramai kira-kira 2,500 pengundi di kawasan Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall serta Sua Betong.

Zulkefly dalam temubual dengan Malaysiakini di rumahnya di Port Dickson hari ini berkata isu tersebut akan dibawa oleh pertubuhan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beliau akan turut diperjelaskannya kepada pengundi. Continue reading

PRK Bagan Pinang: Pantai PD kebanggaan Ng Yen Yen

NO BLUE SEA, JUST RUBBISH: Filthy Port Dickson

Malay Mail

Local pollution port dickson
Popular beach town has become a shadow of its once beautiful past

HEALTH HAZARD: An unused sewage pipe, abandoned at Tanjung Kemuning

Malay Mail sent its senior journalist, MASAMI MUSTAZA, to the beaches and the back lanes of the once popular sea resort for the real picture. This is her report:

AN UNNATURAL SHADE OF BLUE-GREY
Perhaps it will surprise you to know that in Port Dickson, the water that flows out from the drains and into the sea is an unnatural shade of bluegrey. It also has the smell of rotten fish. Continue reading

PRK Bagan Pinang: Lumut Hitam cemar Pantai Seri Purnama

sumber: Sinar Harian

TELOK KEMANG, 17 Dis 08 – Bilangan pengunjung ke pantai sekitar daerah ini bertambah apabila menjelang musim persekolahan, sekali gus menjana pelbagai aktiviti ekonomi yang menguntungkan kebanyakan peniaga di sini.

Bagaimanapun, pencemaran pantai yang dihadapi di kawasan tertentu di sini sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti terbabit.

Antara yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pelancong adalah kewujudan lumut hitam yang terdampar di Pantai Seri Purnama.

Asmafiza Abdullah, 28, berkata, pantai terbabit mempunyai pemandangan yang indah kerana jarang dikunjungi pelancong, namun kebelakangan ini keindahannya sedikit terjejas apabila banyak lumut didapati terdampar di situ. Continue reading