Pemuda PAS desak Suhakam adakan inkuiri siasatan awam undi pos

Gambar AlbumKUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) mengadakan inkuiri siasatan awam berhubung wujudnya manipulasi undi pos di Bagan Pinang tempoh hari.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, berdasarkan sembilan kes yang berlaku sekali gus tidak memberi keyakinan kepada PAS tentang ketelusan proses undi pos dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau berharap Suhakam sebagai sebuah badan yang bebas dapat memberikan tindakan yang berkesan demi memelihara asas demokrasi negara ini. Bagaimanapun, Ustaz Nasrudin juga berjanji jika usaha mengadu kepada Suhakam tidak mendatangkan sebarang hasil Pemuda PAS akan melanjutkan masalah undi pos itu ke peringkat antarabangsa.

“Kita mengambil contoh sebagaimana yang dilakukan oleh pembangkang Afghanistan yang telah berjaya membatalkan keputusan pilihan raya membabitkan lebih sejuta undi,” katanya ketika bersama media.

Menurut beliau, bukan sahaja Pemuda PAS yang komited mendesak kerajaan segera mengambil langkah menghapuskan undi pos, bahkan badan bebas seperti Mafrel dan Suhakam turut berpendapat sedemikian.

Sebelum itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat memberitahu sebanyak sembilan kes yang diterimanya sepanjang pilihan raya Bagan Pinang, 11 Oktober lalu.

Di antara kes dan kesalahan yang mencabul hak asasi sewaktu pengendalian proses undi pos adalah, penggunaan daftar pemilih yang berbeza, ejen pengundi pos yang tidak dapat melaksanakan tugas, pengundi bertindan, pengakuan Pak Abu Kassim yang memangkah kertas undi pos dan perolehan undi mengikut peti undi.

Menurut Suhaizan yang juga Ketua Jawatankuasa Khas Undi Pos Bagan Pinang, kegagalan PAS mendapat sebarang undi di saluran 14, 15 dan 16 dari MINDEF yang melibatkan hampir 900 pengundi dalam pilihan raya kecil itu, adalah tidak munasabah.

“Persoalannya mengapa PAS dapat 0 sedangkan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera di dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Mereka adalah penyokong krtikal kepada BN. Mereka berkemungkinan besar menyokong PAS kerana hampir bebas daripada ikatan bertugas,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam Dato’ Siva Subramanian yang menerima memorandum Pemuda PAS itu berjanji akan membincangkan masalah itu di dalam mesyuarat bersama Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman sebelum bersetuju mengadakan inkuiri awam.

Siva turut mengakui asas kepada demokrasi negara ketelusan dalam menjalankan pilihan raya. Katanya, Suhakam telah menggariskan beberapa cadangan bagi penambahbaikan sistem itu.

“Hadkan undi pos hanya untuk anggota pasukan keselamatan yang menjalankan tugas seperti dalam peperangan, menjaga sempadan dan menjadi diplomat,” katanya.

Turut bersama menyerahkan memorandum kepada Suhakam di Jalan Raja Laut, Naib Ketua dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Azman Shapawi dan Kamaruzaman Mohamad

Seramai 4,611 pengundi pos daripada 13,664 keseluruhan pengundi di Bagan Pinang, daripada jumlah undi pos itu 4,571 anggota tentera dan 31 lagi anggota polis dan awam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s