Category Archives: Kenyataan rasmi PAS

Jangan Pandang Remeh Angka Kelahiran Luar Nikah Di Malaysia

Oleh Fadhil Osman

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan kebimbangan di atas jumlah 257,000 sijil kelahiran dari tahun 2000 hingga Julai 2008 yang tidak mencatatkan nama bapa. Merujuk kepada titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyebut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. Dalam ucapan baginda turut menyebut, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.
Continue reading

Muhyiddin berjanji lagi..

Quantcast

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membidas pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat buah sekolah baru bagi Parlimen Hulu Selangor. Paling menghairankan beliau turut berjanji memperuntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di batang Kali serta meluluskan permohonan RM 100 ribu pihak Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama.

PAS tidak menolak peruntukan itu untuk kebaikan rakyat, tetapi mempersoalkan kredibiliti beliau yang juga Timbalan Presiden Umno yang mengumumkan perkara itu menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang bukan Menteri Kewangan beliau dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa membuat rujukan kepada Kementerian bertanggungjawab. Continue reading

Kepercayaan Kepada Allah – Rukun Negara #1

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT  –27 MAC 2010

PINDA RUKUN NEGARA SATU LANGKAH YANG TEPAT.

1. Gesaan Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ] agar Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dipinda kepada “Kepercayaan [ keyakinan ] kepada Allah” .

2. Sekurang – kurangnya 2 asas utama sebagai latar belakang yang mewajarkan pindaan tersebut dilakukan .

a] Malaysia adalah sebuah negara yang telah mengisytiharkan Islam sebagai agama Rasminya dan ia dimaktubkan didalam perlembagaan negara biarpun menyedari Malaysia adalah sebuah negara masyarakat majmuk dan ianya diperakui.

b] Masyarakat non muslim sendiri dewasa ini telah memperjuangkan hak mereka untuk menggunakan kalimah Allah dan ini menjadi satu hikmah yang terbuka untuk kita membawa mereka lebih memahami dan menghayati pengertian kalimah Allah swt tanpa syirik dan menyalahgunakan penggunaan kalimah Allah swt . Continue reading

Gejala Buang Bayi: Perlu Kepada Kaedah Pencegahan

Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang berat gejala pembuangan bayi di negara ini. Perbuatan durjana yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum Baginda dibangkitkan menjadi Rasul.

Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang Melayu Islam. Fenomena yang berlaku menunjukkan gejala yang tidak bermoral ini semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini gagal untuk mendidik rakyat menjadI manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka. Continue reading

Mansuh ISA, Bicarakan 10 Tahanan

Kenyataan Media DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengecam tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) terhadap 10 orang tahanan terbaru seperti yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein semalam.

DPPWP serta rakyat keseluruhannya tidak boleh menerima kaedah ISA diguna pakai bagi menghapuskan ancaman pengganas. DPPWP bersetuju tindakan diambil terhadap mana-mana suspek pengganas, tetapi bukan dengan cara menahan mereka tanpa bicara. Keganasan serta terrorisme tidak boleh diterima oleh mana-mana negara, bangsa atau agama sekalipun. Ia boleh memusnahkan negara di samping mengancam keselamatan awam. Continue reading

PRK Bagan Pinang: PAS desak SPR mansuhkan borang identiti pengundi pos

Kenyataan Media
PAS Terus Desak SPR Batalkan Borang Lampiran 2, Pilihanraya Bukan Hari Bekerja

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof enggan untuk memansuhkan penggunaan Borang Lampiran 2 yang didalamnya mengandungi maklumat peribadi pengundi pos.

PAS kesal dengan sikap tidak progresif dan kurang profesional Pengerusi SPR kerana masih lagi mengamalkan budaya ‘double standard’ dalam melayani pengundi-pengundi Pos diseluruh negara berbanding pengundi biasa. Continue reading

Yamakasi tawan KLCC

Kejayaan ‘Spiderman’ menakluk Menara Petronas cemar sistem keselamatan negara

YamakasiKLCCParti Islam Se-Malaysia mengambil pandangan yang serius terhadap tindakan Alain Robert, ‘Spiderman’ dari Perancis yang berjaya menakluk Menara Petronas pagi semalam (1September 2009) tanpa diketahui oleh pengawal keselamatan, termasuklah pihak Polis Diraja Malaysia.

Mungkin ia adalah satu catatan peribadi yang manis buat ‘Spiderman’ itu, tetapi hakikatnya ia adalah satu perkara yang memalukan buat sistem keselamatan Malaysia. Mujurlah dia hanya memanjatnya untuk jadi terkenal dan bukannya ingin memasang bom atau kamera pengintip.

Continue reading