Category Archives: Nasional

Model Ekonomi Baru yang sakit…

Judi bola tanda kerajaan muflis idea ekonomi

Tindakan kerajaan memperkenalkan judi bola sepak, bermula dengan perlawanan piala dunia hari ini, menggambarkan kerajaan sedia ada muflis idea dalam membangunkan ekonomi negara.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan itu membawa negara mundur ke belakang dan membawanya “lebih jauh dari ajaran Islam” dan tatacara kehidupan masyarakat Malaysia.

“Perkiraan dosa-pahala, dan keberkatan hasil negara tidak wujud dalam pertimbanganperancangan ekonomi mereka (kerajaan),” katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa hari ini. Continue reading

Tan Sri Khalid bahas titah diraja 2010

Kepercayaan Kepada Allah – Rukun Negara #1

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSATĀ  –27 MAC 2010

PINDA RUKUN NEGARA SATU LANGKAH YANG TEPAT.

1. Gesaan Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ] agar Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dipinda kepada “Kepercayaan [ keyakinan ] kepada Allah” .

2. Sekurang – kurangnya 2 asas utama sebagai latar belakang yang mewajarkan pindaan tersebut dilakukan .

a] Malaysia adalah sebuah negara yang telah mengisytiharkan Islam sebagai agama Rasminya dan ia dimaktubkan didalam perlembagaan negara biarpun menyedari Malaysia adalah sebuah negara masyarakat majmuk dan ianya diperakui.

b] Masyarakat non muslim sendiri dewasa ini telah memperjuangkan hak mereka untuk menggunakan kalimah Allah dan ini menjadi satu hikmah yang terbuka untuk kita membawa mereka lebih memahami dan menghayati pengertian kalimah Allah swt tanpa syirik dan menyalahgunakan penggunaan kalimah Allah swt . Continue reading

Gejala Buang Bayi: Perlu Kepada Kaedah Pencegahan

Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang berat gejala pembuangan bayi di negara ini. Perbuatan durjana yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum Baginda dibangkitkan menjadi Rasul.

Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang Melayu Islam. Fenomena yang berlaku menunjukkan gejala yang tidak bermoral ini semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini gagal untuk mendidik rakyat menjadI manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka. Continue reading

Halang Umno BN capai majoriti 2/3 Dewan Rakyat

Sebelum ini, ruang ini telah dimuatkan pandangan Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu wakil rakyat melompat parti. Ia memberi natijah bahawa lompat tak boleh, melompat boleh yang bermaksud sebarang tindakan keluar dari perjuangan Pakatan Rakyat adalah tidak boleh, kerana dianggap meninggalkan perjuangan berteraskan prinsip kebenaran dan keadilan yang selari dengan Islam.

Sementara tindakan melompat masuk dibolehkan kerana ia merujuk kepada tindakan untuk meninggalkan perjuangan sekular yang palsu dan zalim, dan kemudian menyertai perjuangan berteraskan kebenaran dan keadilan Islam. Continue reading

Kepala babi dalam plastik? Sangat meragukan…

Dalam kes di Masjid Imam Tirmizi, Jalan Klang Lama kepala babi hutan yang ditinggalkan di dalam masjid berada dalam beg plastik. Kenapa tidak dikeluarkan terus? Barulah betul-betul nampak “real“, ianya datang dari orang yang betul-betul marah dan bertujuan menghina. Boleh jadi si penyerang ini berasa geli geleman untuk mengeluarkannya dari beg plastik tadi? Ataupun, si polan ini malas atau tidak reti untuk menyamak? Sebab dia tahu kalau tersentuh babi kena samak? Semua persoalan ni jelas menunjukkan siapa sebenarnya dalang dalam kes kepala babi masuk masjid ni seterusnya arkitek dalam konspirasi kalimah “Allah” ini. Memang sah kerja konspirator cap ayam yang tak reti nak “samak” “clue” yang jelas, terang lagi bersuluh.

Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid
oleh Jimadie Shah Othman, Malaysiakini
Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau. Continue reading