Category Archives: Judi

Judi dan kesannya kepada Masyarakat

1.0 Pengenalan
Judi secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan. Judi yang kita ketahui sebagai parasit masyarakat yang kini semakin membarah di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Perkara yang dibenci di sisi Allah ini menjadi kesukaan hamba-hambanya yang terlalu sukakan kehidupan dunia fana ini.
Budaya berjudi sudah semakin diktiraf dalam masyarakat kita. Judi sudah dimaklum secara ‘darurat’ dalam agama bahawa ianya haram. Tetapi berapa ramai umat Islam yang terlibat dengan judi? Baik sama ada judi itu yang HARAM di sisi kerajaan mahupun yang ‘HALAL’. TOTO, MAGNUM 4 DIGIT, PAN SWEEP sudah menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat awam. Ada di antara kanak2 yang disuruh beli nombor ekor oleh ibubapanya. Ini amat menjijikkan!!
SIAPA yang tidak kenal GENTING. Itulah antara lokasi yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat Malaysia. Genting merupakan antara 10 syarikat judi terbesar di Asia. Itu tidak mengambil kira judi kecil-kecilan yang semakin popular di kalangan penonton tv sekarang ini seperti rancangan Insomnia. Mereka tidak lagi menghormati Institusi agama seperti Jabatan Mufti. Walaupun perkara itu sudah difatwakan haram baik dari Ulama’ luar dan dalam negara, kerajaan masih tetap membenarkan ianya berleluasa.
Bayangkan di Malaysia ini, terdapat 12 buah industri Arak dan judi dan 12 orang Muslim Melayu yang menjadi Ahli Lembaga Pengarahnya. Lebih parah lagi, rakyat Malaysia diheret dalam pelaburan secara langsung dalam Syarikat perjudian melalui KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tenteram Amanah Raya Sdn Bhd, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia!!.
Advertisements

Sekitar Himpunan Taknak Judi

Mendidik Rakyat menjauhi judi

Oleh Dato’ Dr. Toh Kin Woon

Dengan adanya bantahan daripada Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) dan pelbagai pertubuhan masyarakat madani yang lain, akhirnya kerajaan akur kepada kehendak masyarakat dan seterusnya menarik balik lesen judi bola yang mencetuskan kontroversi selama ini. Kami memberi pujian dan mengalu-alukan kejayaan ini.

Kami berpendapat bahawa gerakan membantah judi bola telah mencapai tujuan asalnya. Sekiranya ada pihak ingin meneruskan gerakan membantah judi, ia perlulah ditangani melalui pendekatan pendidikan dan kempen meningkatkan kesedaran rakyat, bukan menganjur dengan menghapuskan segala bentuk judi melalui pelaksanaan kuasa pemerintah. Kami tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mengenakan piawaian moral yang terlalu rigid dan bersifat dualisme mudah tanpa mengambil kira latar belakang budaya dan kepercayaan yang berbeza. Ini harus dielakkan dalam satu masyarakat yang mendukung prinsip kebebasan dan demokrasi.
Continue reading

Ust Nasha cabar TS Muhyiddin debat isu judi

sumber: Cenangau

Menyambut saranan dari perwakilan Tambun, Dr. Khairuddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust Nasharuddin mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS mencabar Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden Umno untuk berdebat.

Ust Nasha cabar untuk berdebat berkaitan dengan isu judi. Debat berkaitan dengan apa saja yang bersangkut dengan judi terutamanya kesannya kepada masyarakat.

Dr. Khairuddin membahaskan usul dari pemuda berkenaan judi sukan mencadangkan cabaran debat dari pimpinan utama Pas samada Presiden atau Timbalan Presiden sendiri.   Continue reading

Ucapan Radhi Mat Din berkenaan Judi Bola dalam Ceramah sempena Muktamar PAS

Yang Di Muliakan Pengerusi Majlis,
Yang di hormati Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS – Menteri Besar Kelantan
Yang dihormati Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Yang dimulikan tetamu daripada timur tengah.
Yang di kasihi wira negara yang telah terlibat dalam mesi kemanusiaan ke Gaza.
Pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat di semua peringkat, Tuan-tuan & Puan-puan sekalian.

Pertamanya saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya saya dapat bersama dalam ceramah perdana sempena dengan Muktamar PAS Pusat di Kota Baharu Kelantan. Saya mewakili Gerakan Rakyat Membantah Judi atau singkatannya GMJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah memberi ruang kepada saya untuk berucap pada malam ini.

Saya telah 26 tahun terlibat secara aktif dalam sukan bola sepak di negara ini. Pernah mewakili negeri kedah dan mewakili negara dalam pertandingan bola sepak piala sukan sea. Bola sepak dinegara ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Malaysia pernah dilihat sebagai antara negara yang terkehadapan dari segi mutu permainan satu masa dahulu sama tarafnya dengan negara Jepun dan Korea. Kini kita agak ketinggalan dari segi pencapaian dibandingkan dengan negara-negara tersebut. Saya tidak mahu mengupas kenapa mutu bola sepak kita merosot. Tetapi cukuplah untuk saya nyatakan bahawa kita sedang berusaha menigkatkatkan kualiti bola sepak dinegara ini. Sekarang saya di amanahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk membimbing pasukan bola Negeri Kedah, meningkatkan kualiti permainan dan akhirnya berjaya diperingkat antarabangsa selepas ini.

Banyak masa , tenaga dan wang rakyat yang telah dicurahkan untuk mempertingkatkan kualiti bola sepak dinegara ini. Banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk tujuan ini. Malangnya pihak kerajaan sendiri telah meluluskan judi sukan bola sepak kononnya untuk mengatasi judi haram yang berleluasa di negara ini. Bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram disisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pulak yang di ubatnya. Kerajaan seharusnya mengetatakan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya. Continue reading

Judi Bola: Berjaya tetap bertegas telah dapat kelulusan

Mega-konglomerat Berjaya Corporation terus berusaha untuk menutup mulut pengkritiknya, dengan sekali lagi menegaskan bahawa ia telah mendapat kelulusan kerajaan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan secara sah.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu mempertahankan pengumumannya kepada bursa pada 12 Mei lalu mengenai cadangannya untuk mengambil alih 70 peratus pegangan dalam Ascot Sports Sdn Bhd – syarikat yang mempunyai lesen pertaruhan tersebut – bernilai RM525 juta. Continue reading

Bantah lesen judi bola: LLG seru rakyat sertai perhimpunan

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (Lim Lian Geok) membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak, tindakan ini bukan sahaja menggalakkan gejala judi, mengaitkan aktiviti sukan dengan judi dan mencemarkan fikiran belia, ia juga tidak dapat membendung perjudian haram secara berkesan.

Presiden LLG Toh Kin Woon (gambar kiri) berkata, asas pemberian lesen judi bola sepak – tidak dapat membendung perjudian haram bola sepak dan bagi meningkatkan pendapatan kerajaan – tidak meyakinkan kami.  Kegagalan membendung perjudian haram adalah disebabkan kelonggaran penguatkuasaan.  Pada tanggapan umum rakyat, gejala rasuah berleluasa di bahagian-bahagian penguatkuasaan.  Kerajaan harus merombak pasukan polis dan bahagian penguatkuasaan lain, tetapi bukan mengetepikan tanggungjawab sendiri. Continue reading