Category Archives: Kebajikan

Ramadhan yang Indah.. Ziarah Amal DPPBTR

Advertisements

Berbuka Puasa dan Bertarawih bersama YB Salahuddin Ayub

Ziarah Amal Flat Sri Sabah

Program edaran sumbangan kepada penduduk miskin dan kurang upaya di sekitar Flat Sri Sabah bagi persiapan menjelang ketibaan bulan Ramadhan. Program bermula selepas solat asar pada hari Sabtu, 17hb Julai 2010..

Rombongan Pemuda PAS BTR diketuai Ketua Pemuda, Sdr Mahadi Ahmad bersama Pengerusi Lajnah Kebajikan, Sdr Ghazali serta beberapa orang AJK DPPKBTR

Salah seorang warga emas yang menerima sedikit saguhati

Gambar-gambar lain di halaman Facebook Pemuda PAS BTR di SINI

DPPBTR & PAS Cawangan Taman Mewah anjur program khidmat kesihatan percuma!

Bandar Tun Razak, 7 Mac 2010 – Dalam kesibukan warga penduduk BTR dan sekitarnya memborong barang basah di pasar pagi Jln Jujur, kelihatan berderetan khemah yang turut menempatkan para petugas PAS and tenaga-tenaga terlatih dari Kolej Swasta tempatan sudah bersiap siaga menanti para pengunjung untuk memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma dalam program Hari Kesihatan anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bandar Tun Razak dan PAS Cawangan Taman Mewah. Continue reading

Karnival Hari Kesihatan PAS Bandar Tun Razak meriah!

Desa Tun Razak, 24 Jan 2010 – Tidak semena-mena Markas PAS Bandar Tun Razak di bangunan kedai Desa Tun Razak dikerumuni oleh para penduduk sekitar dari pelbagai latar belakang dan keturunan. Tidak kurang daripada 200 orang pengunjung datang semata-mata untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma dalam program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Bandar Tun Razak. Continue reading

Rakyat sambut baik jualan Flat PPR, hanya jika kelemahan diatasi

P9260216Rakyat mengalu-alukan jualan unit-unit flat PPR di Kuala Lumpur oleh kerajaan tetapi biarlah “kelemahan-kelamahan” diselesaikan.

Wakil kepada ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata mereka menyambut baik langkah positif jualan unit kepada yang telah lama menyewa, namun mereka tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan di dalam perjanjian jual beli yang akhirnya akan memberi impilikasi kepada pembeli.

Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan sebanyak 44,146 unit  PPR di bawah DBKL termasuk PPR MTEN dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dijual kepada penduduk. Continue reading

PAS santuni penghuni “belakang mati”

oleh: Azamin Amin

puasa_makanKUALA LUMPUR, 14 Sept:Tiba-tiba belakang bangunan PAS itu jadi tumpuan bak lebah mengerumuni madu. Tidak semena-mena kelibat para penghuni lorong gelap, golongan gelandangan serta marhaen, anak-anak pekerja seks, penagih dadah dan maknyah melabuhkan diri dalam sebuah program PAS.

Program yang berjaya menyatukan semua golongan daripada aneka jenis latar belakang. Daripada masyarakat bawahan, miskin ataupun yatim masing-masing bersama meluangkan masa beramah mesra dengan pimpinan PAS.Sama-sama bersila, bersimpuh dan bersentuh lutut tatkala menjamu selera ketika berbuka puasa. Continue reading