Category Archives: Alif tendang wau

Judi dan kesannya kepada Masyarakat

1.0 Pengenalan
Judi secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan. Judi yang kita ketahui sebagai parasit masyarakat yang kini semakin membarah di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Perkara yang dibenci di sisi Allah ini menjadi kesukaan hamba-hambanya yang terlalu sukakan kehidupan dunia fana ini.
Budaya berjudi sudah semakin diktiraf dalam masyarakat kita. Judi sudah dimaklum secara ‘darurat’ dalam agama bahawa ianya haram. Tetapi berapa ramai umat Islam yang terlibat dengan judi? Baik sama ada judi itu yang HARAM di sisi kerajaan mahupun yang ‘HALAL’. TOTO, MAGNUM 4 DIGIT, PAN SWEEP sudah menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat awam. Ada di antara kanak2 yang disuruh beli nombor ekor oleh ibubapanya. Ini amat menjijikkan!!
SIAPA yang tidak kenal GENTING. Itulah antara lokasi yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat Malaysia. Genting merupakan antara 10 syarikat judi terbesar di Asia. Itu tidak mengambil kira judi kecil-kecilan yang semakin popular di kalangan penonton tv sekarang ini seperti rancangan Insomnia. Mereka tidak lagi menghormati Institusi agama seperti Jabatan Mufti. Walaupun perkara itu sudah difatwakan haram baik dari Ulama’ luar dan dalam negara, kerajaan masih tetap membenarkan ianya berleluasa.
Bayangkan di Malaysia ini, terdapat 12 buah industri Arak dan judi dan 12 orang Muslim Melayu yang menjadi Ahli Lembaga Pengarahnya. Lebih parah lagi, rakyat Malaysia diheret dalam pelaburan secara langsung dalam Syarikat perjudian melalui KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tenteram Amanah Raya Sdn Bhd, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia!!.
Advertisements

Muhyiddin berjanji lagi..

Quantcast

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membidas pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat buah sekolah baru bagi Parlimen Hulu Selangor. Paling menghairankan beliau turut berjanji memperuntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di batang Kali serta meluluskan permohonan RM 100 ribu pihak Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama.

PAS tidak menolak peruntukan itu untuk kebaikan rakyat, tetapi mempersoalkan kredibiliti beliau yang juga Timbalan Presiden Umno yang mengumumkan perkara itu menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang bukan Menteri Kewangan beliau dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa membuat rujukan kepada Kementerian bertanggungjawab. Continue reading

Positivisme Ku Li dalam tuntutan royalti

oleh Wan Nik Wan Yussof (Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan)

Ku Li seorang positivisme

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah merealisasikan prinsip peribadinya dengan jaya sekali apabila tampil berceramah di Stadium Sultan Muhammad IV atas isu royalti minyak Kelantan.  Penampilan itu sebenarnya atas undangan penganjur sebuah badan gabungan 50 NGO bernama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) pada 28 Januari lalu.

Penganjur (GEGAR) merupakan gandingan Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dengan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT).  Maka, majlis ceramah perdana itu bukan anjuran Kerajaan Negeri atau parti PAS. Penampilan Ku Li pada malam itu sebenarnya adalah atas prinsip beliau seorang tokoh positivisme yang telah membukti orientasi struktural fungsionalisme kepada rakyat dan ibu pertiwinya Kelantan.   Continue reading

Royalti – Mungkinkah Ku Li dipecat dari Umno?

SIAPAKAH di kalangan orang Umno yang sanggup mencadangkan supaya Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipecat dari parti ekoran kesediaan beliau mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan pakatan pembangkang?

Kelazimannya, mana-mana ahli parti tidak dibenarkan menyertai mana-mana majlis pembangkang, apatah lagi memainkan peranan penting seperti menjadi pengerusi, berucap dan mengambil bahagian – atas apa juga niat. Continue reading

Exco Pemuda Umno desak Khairy letak jawatan

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno malam kelmarin kecoh ekoran terdapat desakan supaya ketuanya, Khairy Jamaluddin berundur untuk menyelamatkan pergerakan itu.

Harakahdaily difahamkan, punca utama desakan beberapa anggota Exco pergerakan itu kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda Umno Malaysia selari dengan kepimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan. Continue reading

PAS kutuk serangan kepala babi

KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membaling kepala babi di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, perbuatan khianat ini jelas bertujuan untuk memprovokasi umat Islam untuk bertindakbalas.

“PAS berharap agar umat Islam dinegara ini dapat bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi ini,” jelasnya. Continue reading

Kepala babi dalam plastik? Sangat meragukan…

Dalam kes di Masjid Imam Tirmizi, Jalan Klang Lama kepala babi hutan yang ditinggalkan di dalam masjid berada dalam beg plastik. Kenapa tidak dikeluarkan terus? Barulah betul-betul nampak “real“, ianya datang dari orang yang betul-betul marah dan bertujuan menghina. Boleh jadi si penyerang ini berasa geli geleman untuk mengeluarkannya dari beg plastik tadi? Ataupun, si polan ini malas atau tidak reti untuk menyamak? Sebab dia tahu kalau tersentuh babi kena samak? Semua persoalan ni jelas menunjukkan siapa sebenarnya dalang dalam kes kepala babi masuk masjid ni seterusnya arkitek dalam konspirasi kalimah “Allah” ini. Memang sah kerja konspirator cap ayam yang tak reti nak “samak” “clue” yang jelas, terang lagi bersuluh.

Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid
oleh Jimadie Shah Othman, Malaysiakini
Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau. Continue reading