Category Archives: Najib Razak

Kerajaan ikut telunjuk APCO-Zionis cipta isu Jemaah Islamiah

Dakwa atau kamu hanya cuba burukkan Islam – SM Idris

sumber: Harakahdaily

PULAU PINANG, 18 Jun: Ketua Polis Negara digesa mendedahkan nama pengganas dan mendakwa mereka ke mahkamah atau didakwa “merekacipta dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam di negara ini.”

Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, S. M. Mohamed Idris (gambar) dalam kenyataannya mengutuk sekeras-kerasnya propaganda hitam yang didedahkan oleh unit Polis Indonesia Detachment 88 dan disiarkan dalam media tempatan dengan tajuk utama yang menonjol bahawa ulama Indonesia yang dihormati Abu Bakar Bashir didakwa membantu membiayai dan menyokong sarang pengganas bersenjata di Acheh.

Kini, polis Malaysia pula mendakwa kononnya “pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang. Continue reading

PM luluskan pejabat operasi Bank Yahudi Zionis di Malaysia

oleh Ibnuyaacob

goldman_sachs

Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.

Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia. Continue reading

Model Ekonomi Baru yang sakit…

Bukti APCO anti-Islam

sumber: Zainulfaqar

Mirip tetapi tidak serupa? | gambar: bagindareformasi

LAMAN web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Continue reading

Judi Bola: Berjaya tetap bertegas telah dapat kelulusan

Mega-konglomerat Berjaya Corporation terus berusaha untuk menutup mulut pengkritiknya, dengan sekali lagi menegaskan bahawa ia telah mendapat kelulusan kerajaan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan secara sah.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu mempertahankan pengumumannya kepada bursa pada 12 Mei lalu mengenai cadangannya untuk mengambil alih 70 peratus pegangan dalam Ascot Sports Sdn Bhd – syarikat yang mempunyai lesen pertaruhan tersebut – bernilai RM525 juta. Continue reading

PAS ada bukti hubungan kerajaan Be End-Israel

PAS melahirkan kekesalannya berhubung tindakan kerajaan Malaysia yang didakwa mempromosikan Israel dan produk perdagangan mereka melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menurut Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, PAS mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang menyediakan khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan rejim Israel. Continue reading

KD Altantuya masuk mahkamah Perancis

Sumber SuaraKeadilan

Masa depan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam semakin gelap dan diibaratkan bagai telur dihujung tanduk berikutan tindakan berani tiga peguam kanan Perancis yang memfailkan permohonan di mahkamah Paris menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pembayaran komisyen dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia

Menurut laporan Asia Sentinel yang bertajuk “Murky Arms Deal Linked To International Pattern of  Kickbacks” oleh wartawan John Berthelsen bertarikh 16 April 2010, skandal berbilion dolar ini yang didakwa didalangi oleh Najib kini tidak lagi dapat dibendung dalam Malaysia dan kini telah melimpah ke arena antarabangsa. Continue reading

Kerajaan Be End jadi ‘pak turut’ Amerika-Zionis

KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, amat malanglah bagi rakyat dan umat Islam di negara ini kerana mempunyai kerajaan yang menjadi pak turut Washington dengan menzalimi keseluruhan rakyat Iran yang tidak berdosa.

Ini kerana AFP melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengarahkan syarikat petroleum negara, Petronas untuk memberhentikan penjualan minyak kepada Republik Islam Iran. Continue reading

Halang Umno BN capai majoriti 2/3 Dewan Rakyat

Sebelum ini, ruang ini telah dimuatkan pandangan Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu wakil rakyat melompat parti. Ia memberi natijah bahawa lompat tak boleh, melompat boleh yang bermaksud sebarang tindakan keluar dari perjuangan Pakatan Rakyat adalah tidak boleh, kerana dianggap meninggalkan perjuangan berteraskan prinsip kebenaran dan keadilan yang selari dengan Islam.

Sementara tindakan melompat masuk dibolehkan kerana ia merujuk kepada tindakan untuk meninggalkan perjuangan sekular yang palsu dan zalim, dan kemudian menyertai perjuangan berteraskan kebenaran dan keadilan Islam. Continue reading

SPRM hendaklah profesional dan siasat Setpol PM – Salahudin

KOTA BHARU, 14 Dis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah profesional dalam menjalankan tugasnya, bahkan bertindak mengikut apa yang dilaporkan kepadanya termasuk laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong mengenai dakwaan salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafei Abdullah.

Ini kerana Parlimen Malaysia sendiri telah pun menerima usul yang dikemukakan Wee.

“Kita mengharapkan supaya SPRM sentiasa bertindak profesional dan dapat bertindak mengikut apa yang dilaporkan oleh pihak YB Wee Choo Keong dan usul beliau telah diterima oleh Parlimen, ” kata anggota Jawatankuasa SPRN, Salahuddin Ayub. Continue reading

Kes salah laku setpol PM ke SPRM

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pemuda PAS Wilayah telah menghantar laporan dan memohon siasatan terhadap beberapa kes salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk shafie Abdullah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad menyerahkan laporan itu kepada pegawai bertugas, En Mohd Yahya Mohd Rashid dihadapan Timbalan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan, En Hasan Yahya.

Walaubagaimanapun, menurut Kamaruzaman laporan tersebut cuma diterima sebagai maklumat dan akan dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa SPRM Wilayah Persekutuan sebelum memaklumkan semula sama ada perlu membuka kertas siasatan ataupun tidak. Continue reading

Kerajaan BN hina tentera!

ATM Jeneral B Abd Aziz serah tugasCara persaraan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal yang memecah tradisi tanpa sebarang penghormatan yang sesuai dengan kedudukkannya menimbulkan pelbagai tanggapan rakyat terhadap cara kerajaan Barisan Nasional(BN) melayan ketua institusi keselamatan negara.

Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal boleh disifatkan sebagai “undur senyap senyap” , iaitu bersara tanpa apa-apa penghormatan tentera seperti perbarisan kehormat, jamuan makan malam, lawatan ataupun menemui rakan-rakan dari Negara lain, terutamanya negara-negara ASEAN. Semua itu lazim bagi seseorang Panglima ATM yang akan bersara malah ia dianggap satu “tradisi ketenteraan”. Continue reading