Category Archives: Hukum Islam

Isu Arak: Pemuda PAS, MB dan Mirzan Mahathir

oleh: Ibnu Hasyim

San Miguel BNALOR SETAR Ahad September 13, 2009 : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak mengetahui mengenai cadangan kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti dibangkitkan oleh Dewan Pemuda Pas, menurut Bernama hari ini.

“Semalam saya bermesyuarat dengan Dewan Pemuda Pas Pusat tapi tiada yang membangkitkan perkara ini. Saya kena dapatkan maklumat mengenainya terlebih dahulu,” katanya ketika ditanya mengenai cadangan dewan berkenaan. Azizan berkata beliau tidak melihat cadangan itu sebagai satu keperluan mendesak memandangkan Kedah sudah ada undang-undangnya sendiri berhubung kaedah penjualan arak. Continue reading

Isu Arak: Pemuda PAS sedia kertas cadangan

oleh : BERNAMA

azman-shapawi1KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang, kata Timbalan Ketuanya Azman Shapawi Abd Rani pada Sabtu.

Bagaimanapun, katanya, kertas cadangan itu, yang dijangka siap penghujung tahun ini, tidak akan mengharamkan penjualan arak secara menyeluruh di negeri-negeri itu .

“Kertas cadangan itu (lebih kepada) bentuk kawalan kerana orang bukan Islam ada hak untuk minum. Tetapi mungkin ada tempat yang diharamkan penjualannya…Mungkin di negeri yang majoriti orang Islam terlalu ramai,” katanya pada sidang berita di sini, pada Sabtu. Continue reading

Pemuda PAS mahu temui JAG isu Kartika

oleh: Jimadie Shah Othman

PAS bercadang mengadakan perbincangan dengan gabungan NGO wanita mengenai pelbagai isu agama dan gender, termasuk kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, inisiatif itu diambil susulan beberapa siri dialog dengan kumpulan terbabit, khususnya Sisters In Islam (SIS) sebelum ini yang gagal mencapai penyelesaian.

“Dialog dulu tidak menemukan penyelesaian. Kemungkinan sebab sekali atau dua kali sahaja (berdialog).

“Di masa akan datang, kita ada lihat keadaan yang sesuai untuk menganjurkan dialog atau seminar. Kemungkinannya selepas Hari Raya,” katanya.
Continue reading

Mirzan Mahathir is an owner of a beer company

Mirzan MahathirKUALA LUMPUR, Sept 10 — Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Corp told the Philippines stock exchange last week about Mirzan’s appointment which is to represent the interests of Q-Tech Alliance Holdings Inc on the board.

Q-Tech, a Manila-based investment company in which Mirzan has a stake in, recently acquired a 19.9 per cent share in San Miguel Corp for 39.61 billion pesos (RM2.9 billion).

Continue reading

Isu Kartika: mudahnya hukum Islam dikelirukan

oleh: Hazayani Zakaria

ImageKUALA LUMPUR, 7 Sept: Kecelaruan yang timbul dalam hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32 atas kesalahan minum arak memperlihatkan betapa mudahnya undang-undang Islam di Malaysia dikelirukan.

Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh berkata, hukuman yang masih gagal dilaksanakan dengan alasan pihak yang bertanggungjawab tiada pengalaman walaupun Kartika sendiri sudah bersedia untuk menghadapinya menunjukkan sikap pemerintah yang tidak bersungguh dalam usaha menegakkan undang-undang Islam. Continue reading

Kartika bukan yang pertama

oleh: alQurawiyy

Kartika-Sari-Dewi-Shukarno

Ekoran dari isu hukuman sebat terhadap bekas model Kartika Sari dewi Sukarno, wajar diperjelaskan bahawa –
1. Kartika bukan lah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak. Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat. Tahun 1997; 4 orang, tahun 2001; seorang dan 2003; seorang.

2. Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada tahun 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan.
Continue reading

Ust Nasha bidas SIS dan JAG tentang isu sebat

KENYATAAN AKHBAR

TIMBALAN PRESIDEN PAS BERHUBUNG MEMO YANG DIKEMUKAKAN OLEH SIS DAN JAG KEPADA PERDANA MENTERI MENGENAI KEADILAN UNTUK PUAN KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO

________________________________________________________________________________Ust Nasha

Saya menghormati pandangan yang dikemukakan oleh pihak Sister In Islam dan The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) kepada YAB Perdana Menteri untuk mengambil tindakan segera mengenai isu hukuman sebat ke atas Puan Kartika Sari Dewi Shukarno. Saya merujuk surat tersebut yang telah disiarkan dalam satu laman web http://www.mysinchew.com , bertarikh 26hb Ogos 2009.

Pandangan yang telah diberikan oleh pihak mereka berdasarkan kepada asas syara’, garis panduan hukuman, perundangan dan perlembagaan serta pematuhan terhadap polisi diperingkat antarabangsa diambil sebagai satu perbahasan untuk dipertimbangkan. Kes ini telah menjadi begitu kompleks memandangkan ia merupakan insiden pertama yang berlaku seumpama ini dibawah jurisdiksi Undang-Undang Syari’ah di Malaysia. Continue reading

Kaedah hukuman sebat ikut syarak

Oleh ABU SUFFIAN ABU YAZIZ

sebat indoSEBAT adalah satu bentuk hukuman dalam perundangan Islam yang bertujuan memberi pengajaran kepada penerima hukuman dan orang yang melihatnya. Hukuman sebat juga berupaya menghindar dan membersihkan masyarakat daripada perbuatan dan tabiat keji dan hina.

Merujuk kepada rencana bertajuk “Kaedah hukuman sebat di Mahkamah Syariah” oleh Datuk Muhammad Asri Abdullah di dalam Jurnal Hukum JLD. XXII BHG. 1 ( 1427 H) September 2006), pelaksanaan hukuman sebat di Malaysia diperuntukkan dalam semua enakmen undang-undang tatacara jenayah syariah bagi kebanyakan negeri.

Continue reading