Ust Nasha bidas SIS dan JAG tentang isu sebat

KENYATAAN AKHBAR

TIMBALAN PRESIDEN PAS BERHUBUNG MEMO YANG DIKEMUKAKAN OLEH SIS DAN JAG KEPADA PERDANA MENTERI MENGENAI KEADILAN UNTUK PUAN KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO

________________________________________________________________________________Ust Nasha

Saya menghormati pandangan yang dikemukakan oleh pihak Sister In Islam dan The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) kepada YAB Perdana Menteri untuk mengambil tindakan segera mengenai isu hukuman sebat ke atas Puan Kartika Sari Dewi Shukarno. Saya merujuk surat tersebut yang telah disiarkan dalam satu laman web http://www.mysinchew.com , bertarikh 26hb Ogos 2009.

Pandangan yang telah diberikan oleh pihak mereka berdasarkan kepada asas syara’, garis panduan hukuman, perundangan dan perlembagaan serta pematuhan terhadap polisi diperingkat antarabangsa diambil sebagai satu perbahasan untuk dipertimbangkan. Kes ini telah menjadi begitu kompleks memandangkan ia merupakan insiden pertama yang berlaku seumpama ini dibawah jurisdiksi Undang-Undang Syari’ah di Malaysia.

Walaubagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan gesaan drastik pihak SIS dan JAG terhadap kerajaan untuk mengkaji semula Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syari’ah di Malaysia bagi membolehkan semua kesalahan jenayah yang dilakukan oleh rakyat di negara ini ditadbir dibawah Kanun Keseksaan peringkat persekutuan. Bagi saya ini adalah satu campur tangan diluar daripada bidang kuasa pihak yang mengemukakan cadangan tersebut.

Saya lampirkan kenyataan pihak JAG disini, “In the long term, we urge the Government to conduct a comprehensive review of the Syariah Criminal Offences laws of this country, with a view to repeal such laws, thus enabling all Malaysians to be governed by a single Penal Code under federal administration.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, terdapat peruntukan yang jelas mengenai Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3 (1). Disamping itu, agama Islam sebagai agama rasmi bagi negeri-negeri. Malah, Sultan bertanggungjawab terhadap bidang kuasa agama Islam.

Oleh yang demikian, sekiranya Perdana Menteri melayan tuntutan pihak tersebut, ia mengeruhkan lagi keadaan dan menyentuh bidang kuasa Sultan, asas agama dan institusi-institusi Islam di Malaysia. Saya khuatir kes Puan Kartika Sari Dewi Shukarno ini akan dimanipulasi untuk meminggirkan dan memandang prejudis terhadap Islam. Walaupun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam sistem perundangan syari’ah dan kedudukan Islam di Malaysia, umat Islam juga perlu berhati-hati dengan usaha pihak-pihak tertentu yang dilakukan secara terancang untuk cuba mengganggu gugat urusan agama Islam termasuk mendoktrinkan kefahaman yang salah daripada ajaran yang sebenar.

Disediakan oleh

Nasharudin Mat Isa

Timbalan Presiden PAS

12 Ramadhan 1430 / 2 September 2009

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s