Category Archives: Isu Arak

Brunei tolak jual arak

Advertisements

Isu Arak: Pemuda PAS, MB dan Mirzan Mahathir

oleh: Ibnu Hasyim

San Miguel BNALOR SETAR Ahad September 13, 2009 : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak mengetahui mengenai cadangan kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti dibangkitkan oleh Dewan Pemuda Pas, menurut Bernama hari ini.

“Semalam saya bermesyuarat dengan Dewan Pemuda Pas Pusat tapi tiada yang membangkitkan perkara ini. Saya kena dapatkan maklumat mengenainya terlebih dahulu,” katanya ketika ditanya mengenai cadangan dewan berkenaan. Azizan berkata beliau tidak melihat cadangan itu sebagai satu keperluan mendesak memandangkan Kedah sudah ada undang-undangnya sendiri berhubung kaedah penjualan arak. Continue reading

Isu Arak: Pemuda PAS sedia kertas cadangan

oleh : BERNAMA

azman-shapawi1KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang, kata Timbalan Ketuanya Azman Shapawi Abd Rani pada Sabtu.

Bagaimanapun, katanya, kertas cadangan itu, yang dijangka siap penghujung tahun ini, tidak akan mengharamkan penjualan arak secara menyeluruh di negeri-negeri itu .

“Kertas cadangan itu (lebih kepada) bentuk kawalan kerana orang bukan Islam ada hak untuk minum. Tetapi mungkin ada tempat yang diharamkan penjualannya…Mungkin di negeri yang majoriti orang Islam terlalu ramai,” katanya pada sidang berita di sini, pada Sabtu. Continue reading

Kaedah hukuman sebat ikut syarak

Oleh ABU SUFFIAN ABU YAZIZ

sebat indoSEBAT adalah satu bentuk hukuman dalam perundangan Islam yang bertujuan memberi pengajaran kepada penerima hukuman dan orang yang melihatnya. Hukuman sebat juga berupaya menghindar dan membersihkan masyarakat daripada perbuatan dan tabiat keji dan hina.

Merujuk kepada rencana bertajuk “Kaedah hukuman sebat di Mahkamah Syariah” oleh Datuk Muhammad Asri Abdullah di dalam Jurnal Hukum JLD. XXII BHG. 1 ( 1427 H) September 2006), pelaksanaan hukuman sebat di Malaysia diperuntukkan dalam semua enakmen undang-undang tatacara jenayah syariah bagi kebanyakan negeri.

Continue reading