Pengguna ditipu syarikat komunikasi, kewangan

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman (gambar) meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan memberikan perhatian serius terhadap kes-kes penipuan melibatkan syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan di negara ini.

Beliau sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat hari ini membawa beberapa bukti yang menunjukkan berlakunya kes-kes penipuan terhadap pengguna.

Bukti ini, jelasnya berhubung syarikat telekomunikasi yang menawarkan pertandingan-pertandingan tertentu dan mengenakan cas yang berlipat kali ganda apabila pengguna menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada syarikat berkenaan.

“Berhubung SMS yang sering kita terima terutama pada musim sesuatu pertandingan ataupun apa-apa yang diadakan, terdapat bukti satu syarikat telco, apabila kita menghantar SMS dicas kita dengan 15 sen tapi apabila kita menerima pesanan daripada syarikat yang mengadakan pertandingan tersebut, sekali kita terima SMS dicas RM8. Ini merupakan satu penipuan yang terang-terang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan,” katanya.

Beliau turut mendedahkan satu penipuan yang juga melibatkan sebuah syarikat telekomunikasi yang secara tiba-tiba mengeluarkan bil penggunaan untuk dibayar oleh pengguna meskipun pengguna berkenaan tidak pernah mendaftar dengan syarikat berkenaan.

“Juga berhubung penipuan syarikat telco yang berleluasa sedang berlaku. Sebuah syarikat telco, kita tak berdaftar pun dengan syarikat tersebut tapi tiba-tiba kita terima bil sebanyak sebanyak RM2,307 dan menggunakan khidmat seorang peguam untuk membayar bil tersebut.

“Saya harap pihak kementerian dapat memberi perhatian terhadap perkara ini kerana ramai pengguna yang tertipu dengan syarikat tersebut,” katanya.

Beliau turut mempersoal sebuah syarikat kewangan yang mengeluarkan kad debit kepada pengguna yang menyimpan kredit pengguna selama tiga hari sebelum memasukkan semula ke akaun kad debit mereka.

“Saya juga menerima aduan daripada pengguna mengenai tindakan penipuan oleh satu syarikat yang mengeluarkan kad debit. Apabila kita mengisi minyak misalnya RM50t menggunakan kad debit tersebut, dia akan potong sehingga RM200 dan tiga hari kemudian baru pulangkan balik RM150.

“Maksudnya syarikat itu ambil RM150 dan simpan tiga hari kemudian baru beri balik. Perkara ini banyak kali berlaku dan ramai rakan kita mengalami masalah ini,” katanya.

Selain itu, turut diminta diberikan perhatian oleh pihak kementerian berkenaan syarikat minyak yang mengaut keuntungan apabila pengguna menambah nilai kad touch n go.

“Berkenaan kad touch n go kalau kita top up di kedai minyak, kalau top up RM30 hingga RM40, kita dikenakan cas satu ringgit servis cas kepada syarikat minyak tersebut. Tapi kalau kita top up RM50 ke atas mereka hanya kenakan hanya 50 sen. Jadi kenapakah sikit kita top up banyak cas yang diambil tapi apabila RM50 ke atas hanya 50 sen dikenakan. Jadi saya harap pihak kementerian beri perhatian terhadap perkara sebegini,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s