Category Archives: Hulu Selangor

PRK Hulu Selangor: Perspektif Perjuangan TG Nik Aziz


“Sebagaimana kita maklum, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu telah berpihak kepada Barisan Nasional. Sementara Pakatan Rakyat pula berjaya mempertahan undi yang diperolehi pada 2008 lalu. Sekadar ingatan, pada pilihan raya 2008 Pakatan Rakyat mendapat 23,177 undi dan pilihan raya kecil ini mendapat 23,272 undi. Bermakna jumlah undi Pakatan Rakyat tidak berkurang malah bertambah 95 undi.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor – Satu Perspektif Perjuangan

Berdasarkan pilihan raya kecil ini, kenapa keputusannya jadi begitu?  Sudah tentu di pihak Pakatan Rakyat ada kelemahannya menyebabkan tidak mencapai undi majoriti. Sebaliknya, pihak Barisan Nasional pasti ada kekuatannya menyebabkan mereka menang dan mencapai undi majoriti. Continue reading

Advertisements

PRK Hulu Selangor: Hantu dari IKBN?

HULU SELANGOR, 25 April: Beberapa bas telah membawa keluar penyokong Umno/BN dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pertak kira-kira jam 3.00 pagi tadi.

Bas yang sebahagiannya penuh dengan penumpang yang dipercayai ‘pengundi hantu’ itu berjaya disekat keluar dari IKBN oleh petugas Angkatan Muda Keadilan.

Keadaan menjadi kecoh dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila penyokong Umno/BN tiba di kawasan itu, disusuli pasukan polis tidak lama kemudian. Continue reading

PRK Hulu Selangor: Calon Bebas Johan Mat Diah dipecat dari Umno

Ahli Jawatankuasa  Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.

“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepadaThe Malaysian Insider di sini hari ini.

Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.

Johan, 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

PRK Hulu Selangor: Calon Bebas Chandran tidak kisah jika MIC pecat

HULU SELANGOR, 17 April: Calon Bebas, V. S. Chandran hari ini menyatakan pendirian beliau tidak kisah sekiranya dipecat dari MIC kerana sudah muak dengan kepimpinan tertinggi parti tersebut.

“Tiada masa, saya tidak kisah sekiranya dipecat daripada menjadi ahli MIC, saya mahu menjadi wakil rakyat bukan ahli MIC.

“Sudah cukup 30 tahun lebih saya berkhidmat untuk MIC, saya sudah muak dengan Datuk Seri Samy Vellu (Presiden MIC) yang hanya tahu bercakap sahaja tetapi tidak pandai menunaikan janji. Continue reading

PRK Hulu Selangor: Calon Bebas nyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan bahawa seorang lagi calon tidak sempat memfailkan kertas pencalonannya kerana lewat tiba di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Ketika ditemui Malaysiakini, beliau berkata, calon tersebut – Anuradh Jeyasingam – sepatutnya datang lebih awal.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, ketika pegawai pengurus pilihan raya keluar hendak umumkan tempoh penamaan calon tamat, baru Anuradh hendak menghantar borang. Continue reading

PRK Hulu Selangor: Pengundi India akan protes “Tangan Ghaib” UMNO dalam MIC

TEMERLOH, 17 April: Para pengundi India di kawasan Parlimen Hulu Selangor dijangka akan melakukan undi protes kerana bosan dengan cara pemimpin Umno mengawal parti MIC sehingga menyebabkan pemimpinnya hilang kredibiliti.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pahang, N Balasubramaniam berkata, beliau telah dua hari  meninjau kawasan pilihan raya kecil itu dan mendapati masyarakat keturunan India tidak berpuas hati dengan cara pemimpin Umno menolak Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai calon BN.

“Kaum India tidak dapat menerima cara pemimpin Umno BN menjatuhkan pimpinan kanan MIC, seorang timbalan presiden parti komponen BN. Saya tengok MIC ada masalah kerana Umno Selangor kontrol. Mereka paksa calon tajaan Umno, ini bukan calon MIC, mereka tolak kepimpinan MIC, kita percaya kaum India marah,” katanya. Continue reading

PRK Hulu Selangor: Bilik Gerakan BN Lesu

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan calon BN P Kamalanathan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbinya daripada seluruh 75 cawangan parti itu di Hulu Selangor petang ini bagi “memulihkan motivasi dan semangat berkempen” mereka.

Seorang pemimpin MIC cawangan memberitahu Malaysiakini, pertemuan tersebut akan diadakan pada jam 5 petang ini di bilik gerakan MIC di Kuala Kubu Bharu. Continue reading