Category Archives: Wilayah Persekutuan

Jangan Pandang Remeh Angka Kelahiran Luar Nikah Di Malaysia

Oleh Fadhil Osman

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan kebimbangan di atas jumlah 257,000 sijil kelahiran dari tahun 2000 hingga Julai 2008 yang tidak mencatatkan nama bapa. Merujuk kepada titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyebut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. Dalam ucapan baginda turut menyebut, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.
Continue reading

Tamatkan segera khidmat APCO – DPPWP

Kisah Datuk Bandar Kuala Lumpur

RUPANYA masih ada yang tidak kena dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Bersilih ganti Datuk Bandar Kuala Lumpur bertukar namun seperti ada sesuatu yang masih tidak bersih meskipun Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Fuad Ismail diharapkan untuk mengangkat dan memaruahkan kembali institusi Datuk Bandar supaya bersih dari rasuah,penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Masih ada rungutan, makin terbuka penyelewengan dan penyalagunaan kuasa yang berterusan, Datuk Bandar Kuala Lumpur dilihat tidak mampu untuk memartabatkan kembali serta merapatkan semula hubungan antara Datuk Bandar dengan pegawai-pegawai DBKL, antara Datuk Bandar dengan rakyat secara keseluruhannya dan paling penting adalah antara institusi Datuk Bandar dan pegawainya dengan kerajaan. Continue reading

Dedahkan Identiti Pembakar Gereja

Kenyataan Media DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Mohd Azmin Ali yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda UMNO.

DPPWP berharap kerajaan segera siasat dakwaan beliau kerana ia melibatkan isu besar negara. DPPWP percaya YB Sdr Azmin Ali tidak akan bercakap sekiranya tidak ada fakta serta bukti yang kukuh. Sekiranya kenyataan beliau benar maka tindakan keras termasuk menyiasat motif sebenar serta dalang-dalang sebalik tragedi membakar itu perlu dilakukan segera. Continue reading

Kes salah laku setpol PM ke SPRM

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pemuda PAS Wilayah telah menghantar laporan dan memohon siasatan terhadap beberapa kes salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk shafie Abdullah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad menyerahkan laporan itu kepada pegawai bertugas, En Mohd Yahya Mohd Rashid dihadapan Timbalan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan, En Hasan Yahya.

Walaubagaimanapun, menurut Kamaruzaman laporan tersebut cuma diterima sebagai maklumat dan akan dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa SPRM Wilayah Persekutuan sebelum memaklumkan semula sama ada perlu membuka kertas siasatan ataupun tidak. Continue reading

Isu campur tangan setpol PM ‘hangatkan’ dewan

KUALA LUMPUR, 11 Nov : Dewan Rakyat petang tadi menjadi ‘hangat’ apabila isu campur tangan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah dalam hal berkaitan penjaja di Wilayah Persekutuan dibangkitkan.

Perkara itu ditimbulkan oleh Wee Chee Keong (PKR-Wangsa Maju) yang menyatakan bahawa Shafie telah ‘menghalang’ urusan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya merobohkan gerai yang telah melanggar undang-undang.

“Saya mahu tahu kenapa Datuk Shafie campur tangan dalam kes ini sedangkan, DBKL mahu menjalankan tugas,” soalnya kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal. Continue reading

Rakyat sambut baik jualan Flat PPR, hanya jika kelemahan diatasi

P9260216Rakyat mengalu-alukan jualan unit-unit flat PPR di Kuala Lumpur oleh kerajaan tetapi biarlah “kelemahan-kelamahan” diselesaikan.

Wakil kepada ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata mereka menyambut baik langkah positif jualan unit kepada yang telah lama menyewa, namun mereka tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan di dalam perjanjian jual beli yang akhirnya akan memberi impilikasi kepada pembeli.

Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan sebanyak 44,146 unit  PPR di bawah DBKL termasuk PPR MTEN dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dijual kepada penduduk. Continue reading