Dedahkan Identiti Pembakar Gereja

Kenyataan Media DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Mohd Azmin Ali yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda UMNO.

DPPWP berharap kerajaan segera siasat dakwaan beliau kerana ia melibatkan isu besar negara. DPPWP percaya YB Sdr Azmin Ali tidak akan bercakap sekiranya tidak ada fakta serta bukti yang kukuh. Sekiranya kenyataan beliau benar maka tindakan keras termasuk menyiasat motif sebenar serta dalang-dalang sebalik tragedi membakar itu perlu dilakukan segera.

Membakar gereja adalah suatu tindakan yang menyalahi undang-undang bahkan dalam Islam sekalipun dilarang umatnya memusnahkan rumah-rumah ibadat semua agama. Islam tidak membenarkan umatnya mencerobohi hak penganut agama lain mengamalkan agama mereka sendiri. Keharmonian dan ketenteraman antara agama di Malaysia wajib dikekalkan walau dengan apa cara sekalipun.

Tindakan membakar gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, baru-baru ini dilakukan seolah-olah dengan perancangan pihak tertentu. Tragedi ini menyusul selepas keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan kalimah Allah di gunakan oleh sebuah akhbar milik penganut Kristian. Selepas itu berlaku pula beberapa siri tindakan merosakkan gereja serta surau dan masjid. Kelmarin ada dua masjid yang dilempari dengan kepala babi.

Sekiranya dakwaan YB Sdr Azmin Ali itu benar, DPPWP serta rakyat secara keseluruhannya merasa kesal kerana ada ahli UMNO yang terlibat dengan insiden ini. Apa motif mereka melakukan demikian serta siapakah yang terlibat di belakang tabir sehingga menyebabkan ia menjadi suatu polemik dalam negara ini. Siapakah yang meracuni pemikiran mereka ini sehingga sanggup melakukan perkara di luar batasan kemanusiaan.

Akhirnya DPPWP menyokong usaha YB Sdr Azmin Ali untuk mendedahkan identiti sebenar mereka yang dituduh membakar gereja baru-baru ini. Dengan ini mudah-mudahan ia dapat merungkaikan polemik isu kalimah Allah yang berlarutan selama beberapa bulan serta menyelesaikan beberapa kes pembakaran dan merosakkan gereja serta surau dan masjid di negara ini.

Disediakan oleh,

MOHAMAD SUHAIMI AB\DUL AZIZ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s