Category Archives: Parlimen

Pengguna ditipu syarikat komunikasi, kewangan

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman (gambar) meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan memberikan perhatian serius terhadap kes-kes penipuan melibatkan syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan di negara ini.

Beliau sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat hari ini membawa beberapa bukti yang menunjukkan berlakunya kes-kes penipuan terhadap pengguna.

Bukti ini, jelasnya berhubung syarikat telekomunikasi yang menawarkan pertandingan-pertandingan tertentu dan mengenakan cas yang berlipat kali ganda apabila pengguna menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada syarikat berkenaan. Continue reading

Advertisements

Kenapa Zionist kejam dengan rakyat Palestin…

Tan Sri Khalid bahas titah diraja 2010

SPRM hendaklah profesional dan siasat Setpol PM – Salahudin

KOTA BHARU, 14 Dis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah profesional dalam menjalankan tugasnya, bahkan bertindak mengikut apa yang dilaporkan kepadanya termasuk laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong mengenai dakwaan salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafei Abdullah.

Ini kerana Parlimen Malaysia sendiri telah pun menerima usul yang dikemukakan Wee.

“Kita mengharapkan supaya SPRM sentiasa bertindak profesional dan dapat bertindak mengikut apa yang dilaporkan oleh pihak YB Wee Choo Keong dan usul beliau telah diterima oleh Parlimen, ” kata anggota Jawatankuasa SPRN, Salahuddin Ayub. Continue reading

Isu campur tangan setpol PM ‘hangatkan’ dewan

KUALA LUMPUR, 11 Nov : Dewan Rakyat petang tadi menjadi ‘hangat’ apabila isu campur tangan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah dalam hal berkaitan penjaja di Wilayah Persekutuan dibangkitkan.

Perkara itu ditimbulkan oleh Wee Chee Keong (PKR-Wangsa Maju) yang menyatakan bahawa Shafie telah ‘menghalang’ urusan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya merobohkan gerai yang telah melanggar undang-undang.

“Saya mahu tahu kenapa Datuk Shafie campur tangan dalam kes ini sedangkan, DBKL mahu menjalankan tugas,” soalnya kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal. Continue reading

Usul membincangkan Isu Royalti Petroleum kepada Kelantan ditolak

Kelantan oilAhli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar pada 20 Oktober lalu mengemukakan Usul tergempar bagi membincangkan Isu mengenai Royalti Petroleum yang sepatutnya dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan Kelantan.

Bagaimanapun Usul tersebut ditolak dalam Kamar oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Teks Usul adalah seperti berikut:
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT PERKARA 18 (1)

Usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 18(1) dan (2). Dengan ini diberi notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan. Continue reading