Category Archives: Keselamatan Negara

Siapa yang cekap? PDRM atau HKL?

oleh: Dato’ Haji Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

Polis telah berjaya menangkap suspek yang dikata mengebom dan membakar gereja metro tabernacle AG desa Melawati. Suspek ditangkap selepas dia datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan.

Suspek tersebut dikatakan mendakwa muka kiri,tangan dan dadanya terkena api ketika membakar sampah. Tindakannya menimbulkan kecurigaan pihak hospital dan pihak hospital terus menghubungi Polis. Maka berlakulah penangkapan suspek pertama yang membawa kepada penahanan tujuh suspek yang lain. Continue reading

Penduduk Seksyen 23 setuju lokasi baru kuil

oleh: Dzulfikar Mashoor

Ramzi Hj Ramli

SHAH ALAM, 9 Sept: Setelah dailog anjuran kerajaan negeri Selangor Sabtu lalu kecoh, mereka yang terbabit akhirnya akur dengan hasrat kerajaan negeri membina kuil untuk masyarakat minoriti India di negeri Pakatan Rakyat itu.

Jurucakapnya, Ramzi Hj. Ramli (gambar) dalam satu kenyataan di luar mahkamah menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima cadangan tapak kuil yang baru daripada kerajaan negeri dan mendapati ianya bersesuaian; kerana jauh dari tapak perumahan.

Beliau yang mewakili OKT terbabit, berharap masyarakat India tempatan juga boleh menerima cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu.

Continue reading

Yamakasi tawan KLCC

Kejayaan ‘Spiderman’ menakluk Menara Petronas cemar sistem keselamatan negara

YamakasiKLCCParti Islam Se-Malaysia mengambil pandangan yang serius terhadap tindakan Alain Robert, ‘Spiderman’ dari Perancis yang berjaya menakluk Menara Petronas pagi semalam (1September 2009) tanpa diketahui oleh pengawal keselamatan, termasuklah pihak Polis Diraja Malaysia.

Mungkin ia adalah satu catatan peribadi yang manis buat ‘Spiderman’ itu, tetapi hakikatnya ia adalah satu perkara yang memalukan buat sistem keselamatan Malaysia. Mujurlah dia hanya memanjatnya untuk jadi terkenal dan bukannya ingin memasang bom atau kamera pengintip.

Continue reading