Kad raya kena boikot?

Dua Posmen Disiasat Ekoran Kad Tidak Dihantar
Pos_Malaysia_siputKUALA LUMPUR, 11 Sep (Bernama) — Pos Malaysia Berhad mengesahkan dua posmen kini disiasat berikutan dua guni kad ucapan Hari Raya Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dijumpai tersadai di sebuah pondok keselamatan di Bandar Tun Razak, Jumaat lepas.

Pemangku Ketua Pegawai Operasinya Bahaman Kamaruzzaman berkata mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan sewajarnya.
“Tiada elemen sabotaj. Kad itu disusun mengikut nombor rumah dan jalan, jadi sudah pasti ada niat untuk menghantarnya,” katanya kepada pemberita selepas taklimat media di Pejabat Pos Malaysia di sini Jumaat.

Beliau berkata semua kad dalam guni berkenaan telah diedar mengikut alamat yang tertera.

Sementara itu, Pos Malaysia menasihatkan orang ramai supaya menghantar kad ucapan Hari Raya selewat-lewatnya 14 Sept ini bagi memastikan kad yang dihantar sampai sebelum Hari Raya.

“Bagi memastikan semua kad-kad dihantar, kami mengambil beberapa inisiatif termasuk mengambil pekerja sementara, melakukan penghantaran pada Hari Ahad serta memastikan peralatan mel mencukupi,” katanya.

Beliau berkata pada tahun ini Pos Malaysia menjangkakan 6.6 juta kad Hari Raya akan diproses berbanding 7.2 juta tahun lepas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s