Letupan di Tehran agenda kelompok tertentu?

iran-mapTEHERAN: Bom diletup seorang penyerang berani mati membunuh 29 orang terbmasuk enam pegawai kanan Pengawal Revolusi Iran dan mencederakan 29 yang lain ketika persidangan ketua puak di Sarbaz, Sistan-Baluchistan, tenggara Iran, semalam.

Media tempatan mendakwa gerila Jundullah bertanggungjawab terhadap serangan itu, yang terburuk dialami Pengawal Revolusi dalam tempoh 28 tahun.

“Anak buah Abdolmalek Rigi melakukan serangan itu,” kata penganalisis merujuk kepada ketua kumpulan Jundullah.

Jundullah yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang membunuh 25 orang di sebuah masjid Mei lalu mendakwa mereka berjuang untuk mendapatkan hak kumpulan Sunni di Iran.

Penganalisis kini percaya, Jundullah kini semakin matang selepas menjalin hubungan dengan beberapa pihak, termasuk Taliban dan Khidmat Perisikan Pakistan (ISI) yang menggunakannya untuk menggempur Iran.

Golongan Syiah Iran turut mengaitkan Jundullah dengan kumpulan militan al Qaeda.

Stesen televisyen pula melaporkan, pengebom meletupkan bom yang diikat pada tubuhnya di perhimpunan dihadiri ketua puak.

“Ketua puak dan orang awam adalah antara mangsa serangan ini,” ulas media.

Stesen IRIB melaporkan, serangan itu berlaku di pintu masuk dewan persidangan.

Antara yang terbunuh adalah dua pegawai kanan Pengawal Revolusi dan skuad elit al-Quds, Jeneral Nourali Shoushtari dan Komander Sistan-Baluchistan, Jeneral Mohammadzadeh.

Pada masa sama, pemimpin Pengawal Revolusi mendakwa kuasa asing, termasuk Amerika Syarikat (AS) turut terbabit dalam serangan itu.

“Serangan ini pastinya disertai kuasa dunia yang angkuh,” kata seorang anggota Pengawal Revolusi. Terma kuasa dunia yang angkuh merujuk kepada AS.

Teheran turut menuduh AS menyokong Jundullah bagi menggugat kestabilan Iran tapi ia dinafikan Washington.

Televisyen tempatan pula menuduh Britain terbabit dalam serangan itu.

“Sumber memaklumkan kerajaan Britain terbabit secara langsung, merancang, membekal kelengkapan dan membiayai pengganas profesional untuk melaksanakan serangan ini,” ulas laporan televisyen itu.

Serangan itu dan dakwaan pembabitan kuasa asing menimbulkan risiko tinggi rundingan terhadap nuklear Iran di Vienna yang disertai AS, Perancis dan Russia akan gagal. – Reuters

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s