Category Archives: Yayasan Basmi Kemiskinan

PRK Hulu Selangor: YBK Salahguna wang rakyat

Laporan audit ke atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendapati badan itu membangunkan projek komersil atas tanah untuk orang miskin, serta mencagarkan tanah-tanah lain kepada pihak ketiga serta tidak membayar cukai tanah.

Laporan itu juga mendapati bekas Adun Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom (gambar)  menjadi Pengerusi YBK sejak badan itu ditubuhkan pada 1990. Isteri beliau menjadi pemegang amanah YBK.

Zainal turut menjadi ahli Lembaga Pengarah Permodalan YBK Sdn Bhd selain mempunyai kepentingan dalam syarikat yang berurusan dengan YBK. Continue reading

PRK Hulu Selangor: YBK gadai tanah lebih RM100 juta

Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak.

Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat – termasuk lampiran – itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang laporan selama 13 tahun. Continue reading

Tan Sri Khalid bahas titah diraja 2010