Category Archives: Pendidikan

Gambar Sukan PASTI WP 2010

Sukan PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) peringkat Wilayah Persekutuan tahun 2010. Penganjuran oleh Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak di Stadium Mini Sri Permaisuri. Sukan ini melibatkan sebanyak 17 buah PASTI yang berada di Wilayah Persekutuan…

Lain-lain gambar di Facebook Pemuda PAS BTR di SINI

Advertisements

Tan Sri Khalid bahas titah diraja 2010

Program: Kembara Remaja, 25 Dis 2009

Program   : Kembara Remaja

Tarikh        : 25 – 26 Dec 2009

Masa           : 7.30 pagi 25/12/09 (mula) hingga g12.30 tengahari 26/12/209 (tamat)

Tempat      : Sungai Congkak Batu 20 1/2 Hulu Langat

Yuran         : RM 40 seorang

Sasaran      : Remaja 12 tahun hingga 17 tahun

PASTI ar-Raudhah, terbaik dalam Wilayah!

MULA BERTATIH…

Pasti Ar-Raudhah terletak di No 20, Jalan Midah Tengah 3, Taman Midah, Cheras, berdekatan dengan Sekolah Menengah Bandar Tun Razak. Ditubuhkan pada 2002 oleh Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak yang diketuai oleh Sdr Kamarul Aznam Hazari. (Beliau kini merupakan Setiausaha PAS BTR.) Sdr Kamarul dengan dibantu oleh Cikgu Samila (Pengurus Pasti Al-Kauthar sekarang) dan sahabat-sahabat dari Dewan Pemuda dengan modal yang didahulukan oleh Sdr Yuzaimi Abdullah (Naib Ketua Pemuda pada ketika itu) dan telah berjaya menyewa sebuah rumah corner lot di Jalan 1, Taman Jaya (tapak asal) untuk membangunkan sebuah PASTI pertama di Bandar Tun Razak. Continue reading

Pelajar terbaik dari PASTI BTR

Adik Tasnim Batrisyia bt Mohamed Ali dari PASTI Ar-Raudhah, Bandar Tun Razak telah muncul sebagai pelajar terbaik PASTI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi kategori 6 tahun untuk tahun 2009 ini. Pemilihan telah dibuat berdasarkan peperiksaan khas yang telah diadakan pada Sabtu 7/11/09 di Pasti Hidayah, Keramat. Setiap PASTI di seluruh Kuala Lumpur telah diminta untuk membawa pelajar terbaik dari pasti masing-masing untuk sesi pemilihan pelajar terbaik Wilayah Persekutuan. Untuk kategori 5 tahun, adik Luqman Hakim bin Abd Halim dari PASTI Al-Huda, Segambut telah berjaya mendapat markah terbanyak dan menjadi pelajar terbaik WP. Continue reading

Pendaftaran PASTI 2010

Pendaftaran pelajar-pelajar PASTI untuk tahun 2010 kini dibuka. Hubungi PASTI yang berdekatan dengan rumah anda untuk maklumat lanjut atau terus datang ke PASTI yang berkenaan.

PASTI AL – AULAD
No 18, Persiaran Minang 2,
Taman Minang,
56 000 Kuala Lumpur
Tel : 019-3947311 (Cikgu Ida) / 019-2865611 (Halid)

PASTI AR – RAUDHAH
No 20, Jalan Midah Tengah 3,
Taman Midah,
56 000 Kuala Lumpur
Tel : 03-91313795 (Cikgu Yati) / 019-2865611 (Halid)

PASTI EHSANIAH
No 1, Jalan Damai Indah 5,
Taman Damai Indah,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tel : 019-7541517 (Faiz)

Layari http://www.pastiwp.wordpress.com untuk maklumat PASTI seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.