Sekitar Himpunan Taknak Judi

Advertisements

Jangan Pandang Remeh Angka Kelahiran Luar Nikah Di Malaysia

Oleh Fadhil Osman

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan kebimbangan di atas jumlah 257,000 sijil kelahiran dari tahun 2000 hingga Julai 2008 yang tidak mencatatkan nama bapa. Merujuk kepada titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyebut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. Dalam ucapan baginda turut menyebut, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.
Continue reading

Mendidik Rakyat menjauhi judi

Oleh Dato’ Dr. Toh Kin Woon

Dengan adanya bantahan daripada Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) dan pelbagai pertubuhan masyarakat madani yang lain, akhirnya kerajaan akur kepada kehendak masyarakat dan seterusnya menarik balik lesen judi bola yang mencetuskan kontroversi selama ini. Kami memberi pujian dan mengalu-alukan kejayaan ini.

Kami berpendapat bahawa gerakan membantah judi bola telah mencapai tujuan asalnya. Sekiranya ada pihak ingin meneruskan gerakan membantah judi, ia perlulah ditangani melalui pendekatan pendidikan dan kempen meningkatkan kesedaran rakyat, bukan menganjur dengan menghapuskan segala bentuk judi melalui pelaksanaan kuasa pemerintah. Kami tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mengenakan piawaian moral yang terlalu rigid dan bersifat dualisme mudah tanpa mengambil kira latar belakang budaya dan kepercayaan yang berbeza. Ini harus dielakkan dalam satu masyarakat yang mendukung prinsip kebebasan dan demokrasi.
Continue reading

Kerajaan ikut telunjuk APCO-Zionis cipta isu Jemaah Islamiah

Dakwa atau kamu hanya cuba burukkan Islam – SM Idris

sumber: Harakahdaily

PULAU PINANG, 18 Jun: Ketua Polis Negara digesa mendedahkan nama pengganas dan mendakwa mereka ke mahkamah atau didakwa “merekacipta dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam di negara ini.”

Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, S. M. Mohamed Idris (gambar) dalam kenyataannya mengutuk sekeras-kerasnya propaganda hitam yang didedahkan oleh unit Polis Indonesia Detachment 88 dan disiarkan dalam media tempatan dengan tajuk utama yang menonjol bahawa ulama Indonesia yang dihormati Abu Bakar Bashir didakwa membantu membiayai dan menyokong sarang pengganas bersenjata di Acheh.

Kini, polis Malaysia pula mendakwa kononnya “pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang. Continue reading

PM luluskan pejabat operasi Bank Yahudi Zionis di Malaysia

oleh Ibnuyaacob

goldman_sachs

Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.

Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia. Continue reading

Model Ekonomi Baru yang sakit…

Ust Nasha cabar TS Muhyiddin debat isu judi

sumber: Cenangau

Menyambut saranan dari perwakilan Tambun, Dr. Khairuddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust Nasharuddin mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS mencabar Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden Umno untuk berdebat.

Ust Nasha cabar untuk berdebat berkaitan dengan isu judi. Debat berkaitan dengan apa saja yang bersangkut dengan judi terutamanya kesannya kepada masyarakat.

Dr. Khairuddin membahaskan usul dari pemuda berkenaan judi sukan mencadangkan cabaran debat dari pimpinan utama Pas samada Presiden atau Timbalan Presiden sendiri.   Continue reading