Category Archives: Tarbiah

BBQiyamullail: Santapan untuk remaja!!

Advertisements

PRK Hulu Selangor: Perspektif Perjuangan TG Nik Aziz


“Sebagaimana kita maklum, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu telah berpihak kepada Barisan Nasional. Sementara Pakatan Rakyat pula berjaya mempertahan undi yang diperolehi pada 2008 lalu. Sekadar ingatan, pada pilihan raya 2008 Pakatan Rakyat mendapat 23,177 undi dan pilihan raya kecil ini mendapat 23,272 undi. Bermakna jumlah undi Pakatan Rakyat tidak berkurang malah bertambah 95 undi.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor – Satu Perspektif Perjuangan

Berdasarkan pilihan raya kecil ini, kenapa keputusannya jadi begitu?  Sudah tentu di pihak Pakatan Rakyat ada kelemahannya menyebabkan tidak mencapai undi majoriti. Sebaliknya, pihak Barisan Nasional pasti ada kekuatannya menyebabkan mereka menang dan mencapai undi majoriti. Continue reading

Cintai Rasul Selagi Nyawa Dikandung Badan

Maulidur Rasul, dalam bahasa mudah ia disebut Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. atau bahasa slanga Hari Jadi Nabi. Tarikhnya 12 Rabi’ul Awal Kalendar Hijrah. Tahun ini ia bersamaan Jumaat, 26 Februari.

Setiap tahun ritual atau pendekatan yang sama dilakukan. Berarak secara beramai-ramai sambil memegang sepanduk, diselangi selawat ke atas junjungan baginda. Kemudian berkumpul di stadium untuk mendengar ucapan-ucapan dan penyampaian cenderamata serta anugerah tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan. Itu acara negara. Continue reading

Program: Kembara Remaja, 25 Dis 2009

Program   : Kembara Remaja

Tarikh        : 25 – 26 Dec 2009

Masa           : 7.30 pagi 25/12/09 (mula) hingga g12.30 tengahari 26/12/209 (tamat)

Tempat      : Sungai Congkak Batu 20 1/2 Hulu Langat

Yuran         : RM 40 seorang

Sasaran      : Remaja 12 tahun hingga 17 tahun

Program: Forum Perdana Maal Hijrah, 20 Dis 2009

Tajuk            : Hijrah dalam Perspektif Islam

Tarikh          : 20 Disember 2009 (Ahad)

Tempat        : Surau al-Mustaqimah Taman Jaya (peta)

Ahli Panel   : Dr Zuhdi Marzuki, Ust Harianto Rizal, Ann Wan Seng

Moderator : Ust Hazaman Hasim

Semua dijemput hadir mengimarahkan majlis

Pemuda PAS Mesti Ada “umph” – KP

Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP)

1. Sejak sekian lama , kini perjuangan kita seperti ketiadaan “umph” . Bertugas dan bekerja dengan hambar . Terkadang dihambat rasa letih dan bosan .

2. Dulu perjuangan ini segar dengan ruh amal Islami dan diperkaya pula dengan pelbagai istilah dan gerakkerja amal jamaei , amal fardi dan amal ijtimaei .

3. Masih saya ingat , selain usrah saban minggu , jamaah kita hebat dengan tamrin di penghujung bulan dan 2 atau 3 kali dalam setahun akan ada aktiviti rehlah dan mukhaiyyam , namun segalanya kini hanyalah menjadi kenangan manis . Tiada lagi qiamulail dan muhasabah perjuangan di waktu dinihari bimbingan sang murabbi yang diberikan thiqah dan wala’ tidak berbelah bahagi . Continue reading