Category Archives: Pilihanraya

PRK Hulu Selangor: YBK Salahguna wang rakyat

Laporan audit ke atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendapati badan itu membangunkan projek komersil atas tanah untuk orang miskin, serta mencagarkan tanah-tanah lain kepada pihak ketiga serta tidak membayar cukai tanah.

Laporan itu juga mendapati bekas Adun Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom (gambar)  menjadi Pengerusi YBK sejak badan itu ditubuhkan pada 1990. Isteri beliau menjadi pemegang amanah YBK.

Zainal turut menjadi ahli Lembaga Pengarah Permodalan YBK Sdn Bhd selain mempunyai kepentingan dalam syarikat yang berurusan dengan YBK. Continue reading

Advertisements

PRK Hulu Selangor: YBK gadai tanah lebih RM100 juta

Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak.

Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat – termasuk lampiran – itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang laporan selama 13 tahun. Continue reading

PRK Hulu Selangor: Projek Mee Segera untuk Bukit Beruntung?

Mungkinkah ini semua akan berubah dengan kehadiran PRK ini?

Untuk pengetahuan semua, ada beratus lagi flat yang seperti ini di dalam kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Continue reading

PRK Hulu Selangor: MIC 3 – UMNO 0

KUALA LUMPUR, 15 April: Selepas rundingan demi rundingan dan disertakan dengan pelbagai ancaman, akhirnya MIC dikatakan dapat tiga dan Umno tidak dapat apa-apa di Hulu Selangor.

Ketua Penerangan MIC Pusat, P Kamalanathan dilaporkan telah dipilih sebagai calon, manakala Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel dijanjikan kerusi senator dan timbalan menteri.

Keputusan ini dikatakan kompromi terbaik dan dikatakan sebagai menang-menang selepas MIC berkeras mahukan Palanivel bertanding di kerusi itu. Continue reading

PRK Hulu Selangor: Majoriti undi rosak 2008 tak dipangkah

KUALA LUMPUR, 11 April— Calon-calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini bukan sahaja dijangka akan berusaha mengekalkan undi penyokong tegar, malah dilihat akan meletakkan harapan untuk mengurangkan undi rosak dalam usaha menaikkan majoriti.

Daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor dua bahagian mencatatkan undi rosak lebih besar berbanding majoriti pada 8 Mac 2008. Selain Hulu Selangor, satu lagi ialah kerusi Kuala Selangor.

Timbalan Presiden MIC tewas dengan perbezaan 198 undi sedangkan undi rosak yang direkodkan adalah sebanyak 1,466 atau tujuh kali ganda manakala di kerusi Kuala Selangor, yang dimenangi calon PAS, jumlah undi rosak direkodkan 894 berbanding majoriti 862. Continue reading

PRK Hulu Selangor: Antara Zaid, Dr Halili dan Shamsul

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyenarai pendekkan tiga nama sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini.

Mereka ialah, Datuk Zaid Ibrahim, Dr Halili Rahmat dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Ketiga-tiganya mempunyai pengalaman bertanding dalam pilihan raya umum tetapi hanya Zaid pernah menang tetapi atas tiket Umno pada pilihan raya umum 2004 di Kota Bharu. Continue reading

PRK Hulu Selangor: Ramai calon bebas bakal bertanding

Rekod 15 calon merebut kerusi DUN Bukit Selambau April 2009 — paling ramai bertanding dalam satu-satu pilihan raya kecil — kemungkinan berulang di Hulu Selangor?

Sama ada suasana itu akan dapat disaksikan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan ini masih menjadi teka-teki.

Bagaimanapun setakat semalam sembilan borang penamaan calon telah diambil, demikian disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar. Continue reading