Ust Nasha cabar TS Muhyiddin debat isu judi

sumber: Cenangau

Menyambut saranan dari perwakilan Tambun, Dr. Khairuddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust Nasharuddin mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS mencabar Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden Umno untuk berdebat.

Ust Nasha cabar untuk berdebat berkaitan dengan isu judi. Debat berkaitan dengan apa saja yang bersangkut dengan judi terutamanya kesannya kepada masyarakat.

Dr. Khairuddin membahaskan usul dari pemuda berkenaan judi sukan mencadangkan cabaran debat dari pimpinan utama Pas samada Presiden atau Timbalan Presiden sendiri.  
Walaupun dia sendiri yakin Umno takkan berani sambut cabaran tu tapi cabaran tu perlu sebagai satu tanda arasnak tunjukkanb yang Pas benar-benar dan bersungguh-sungguh menentang judi.

Cerita Pas cabar Umno ni bukan benda baru, Pas dah pernah cabar Umno lama dulu. Dalam isu “Amanat Hj Hadi” Pas cabar Umno untuk berdebat tapi Umno tak berani sambut.

Malah Umno sampai pernah buat debat olok-olok dalam isu kafir mengkafir sebagai persediaan nak berdebat dengan Pas tapi akhirnya Umno gunakan kuasa polis untuk membatalkan debat tu.

Aku harap, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno gunakan kuasa danpengaruh yang dia ada untuk pastikan Timbalan Presiden Umno sambut cabaran dari Pas ni.

Kalau Khairy yang sebelum ni bertindak macam nak menjuarai isu judi ni berani sambut secara positif cabaran debat ni, memang dia layak untuk digelar sebagai seorang yang memang benar-benar haibat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s