Ust Nasha tempelak profesor minta PAS tukar nama

sumber: Harakah

KOTA BHARU, 13 Jun: Ustaz Nasharuddin Mat Isa mencadangkan seorang profesor institusi pengajian tinggi menukar namanya terlebih dahulu sebelum menuntut PAS menggunakan nama baru kerana membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu.

“Ada seorang profesor mahu PAS tukar nama kerana membenarkan orang bukan Islam menjadi calon.
Sebelum dia meminta PAS tukar nama lebih baik nama dia sendiri ditukar terlebih dahulu.

“Tafsiran yang dibuat profesor itu kononnya PAS sudah mengadai prinsip kerana telah hilang keasliannya  adalah tidak benar,” kata Timbalan Presiden PAS itu pada penggulungan ucapan dasar presiden petang ini.

Sedangkan kata beliau keputusan untuk membenarkan bukan Islam bertanding menggunakan lambang PAS dibuat Majlis Syura Ulama selepas memperhalusi perkara itu sejak sekian lama.

Beliau berkata, profesor terbabit menyebut PAS telah menggadaikan prinsip, sedangkan Islam sebenarnya bukan milik satu kaum sahaja.

“Kalau Islam hanya untuk satu kaum sahaja maka lebih aula Islam milik orang Arab kerana Islam diturunkan di negara berkenaan.  Sebenarnya perkembangan terbaru yang berlaku dalam PAS amat membimbangkan Umno,” katanya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, Prof Datuk Dr Zainal Kling mencadangkan PAS  menggugurkan perkataan Islam kerana membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang

Pada ucapan yang sama Nasharuddin menyahut cadangan seorang perwakilan supaya Timbalan Presiden atau Presiden PAS berdebat dengan pemimpin tertinggi Umno dalam isu kelulusan lesen judi bola sepak.

“Saya meminta persetujuan muktamar hari ini untuk berdebat dengan Timbalan Presiden Umno. Tan Sri
Muhyiddin Mohd Yassin mengenai isu kelulusan lesen judi bola.

“Tugas kita membuat penjelasan sama ada melalui debat dengan pemimpin tertinggi Umno atau cara lain. Saya cabar Timbalan Presiden Umno untuk berdebat isu judi pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Advertisements

2 responses to “Ust Nasha tempelak profesor minta PAS tukar nama

  1. ermmm…. tentang menampilkan yg bukan Islam utk bertanding atas iket PAS, saya nampak itu seperti tidak relevan dgn PAS. Ini kerana, patutnya hanya org Islam (tidak kira apa bangsa) bertanding atas tiket PAS.

  2. Dalam Malaysia ada ramai bekas penganut kaum lain yang senyap2 masuk Islam atas sebab keselamatan diri… kt byk dgr kes mualaf yg mati kena bunuh dgn sedara mara sendiri yg belum Islam. kewujudan dewan himpunan penyokong dari kalangan bukan Islam sedikit sbyk jadi tempat perlindungan mereka yang sudah islam dan belum islam tapi sudah berjinak-jinak dengan Islam… dalam PAS sendiri ada syarat yang sangat ketat untuk jadi pimpinan atau calon pilihanraya. sebelum dibolehkan jd calon kena dpt endorsement dr majlis syura.. latar belakang semua kena siasat. lepas dpt endorsement semua bakal calon kena buat baiah/ikrar taat setia.. method yg sama akan digunakan utk non-muslim..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s