Ucapan Radhi Mat Din berkenaan Judi Bola dalam Ceramah sempena Muktamar PAS

Yang Di Muliakan Pengerusi Majlis,
Yang di hormati Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS – Menteri Besar Kelantan
Yang dihormati Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Yang dimulikan tetamu daripada timur tengah.
Yang di kasihi wira negara yang telah terlibat dalam mesi kemanusiaan ke Gaza.
Pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat di semua peringkat, Tuan-tuan & Puan-puan sekalian.

Pertamanya saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya saya dapat bersama dalam ceramah perdana sempena dengan Muktamar PAS Pusat di Kota Baharu Kelantan. Saya mewakili Gerakan Rakyat Membantah Judi atau singkatannya GMJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah memberi ruang kepada saya untuk berucap pada malam ini.

Saya telah 26 tahun terlibat secara aktif dalam sukan bola sepak di negara ini. Pernah mewakili negeri kedah dan mewakili negara dalam pertandingan bola sepak piala sukan sea. Bola sepak dinegara ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Malaysia pernah dilihat sebagai antara negara yang terkehadapan dari segi mutu permainan satu masa dahulu sama tarafnya dengan negara Jepun dan Korea. Kini kita agak ketinggalan dari segi pencapaian dibandingkan dengan negara-negara tersebut. Saya tidak mahu mengupas kenapa mutu bola sepak kita merosot. Tetapi cukuplah untuk saya nyatakan bahawa kita sedang berusaha menigkatkatkan kualiti bola sepak dinegara ini. Sekarang saya di amanahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk membimbing pasukan bola Negeri Kedah, meningkatkan kualiti permainan dan akhirnya berjaya diperingkat antarabangsa selepas ini.

Banyak masa , tenaga dan wang rakyat yang telah dicurahkan untuk mempertingkatkan kualiti bola sepak dinegara ini. Banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk tujuan ini. Malangnya pihak kerajaan sendiri telah meluluskan judi sukan bola sepak kononnya untuk mengatasi judi haram yang berleluasa di negara ini. Bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram disisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pulak yang di ubatnya. Kerajaan seharusnya mengetatakan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya.

Mutu sukan bakal mengalami kemerosotan yang lebih serius selepas ini. Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak mereka.

Sebenarnya Judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan. Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi. Semuanya akan dipertaruhkan. Peminat suka bola sepak akan bertukar pemikiran mereka daripada mutu bola kepada judi bola. Apabila tumpuan rakyat Malaysia sudah bertukar maka permainan bola akan cuba di atur oleh proksi-proksi syarikat judi. Apa yang kita tonton bukanlah permainan bola sebenar tetapi lakonan permaian bola. Ini kerana semua pemain dan jurulatih telah disogokkan dengan sejumlah nilai wang untuk keuntungan pihak-pihak tertentu. Maka rasuah dalam bola sepak akan menjadi lebih serius. Jika projek masjid dan sekolah pun adanya rasuah. Inikan pula judi bola yang sudah tentu haramnya di sisi agama Islam.

Selain itu lebih 80% peminat bola adalah anak-anak muda. Merekalah yang akan banyak terdedah kepada judi bola. Tanpa judi bola pun mereka dengan mudah bermain judi melalui internet tampa kawalan daripada pihak kerajaan maka bayangkan apa akan terjadi kepada generasi ini jika judi bola ini dihalalkan oleh pihak kerajaan. Apabila usia yang muda telah terjebak dengan judi maka mereka akan meneruskannya sehingga dewasa. Judi akan jadi darah daging mereka dan keluarga mereka. Maka akhirnya jadilah keluarga judi, mayarakat judi dan negara judi. Segala-galanya menjadi agenda judi. Sedangkan dengan jelas Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa judi adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Apakah kita sebagai rakyat Malaysia mahu rakan-rakan kita terjebak dalam perbuatan keji Syaitan ini?

Saya berjanji akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong Gerakan Rakyat Membantah Judi ini. Ini adalah penting bagi mempastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan . Usaha saya ini tidak akan berjaya tampa sokongan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia mesti bangkit menentang kemungkaran ini. Saya juga menjemput tokoh-tokoh besar dalam negara turut sama dengan Gerakan Rakyat ini antaranya Tun Dr Mahathir Mohammad, Tun Abdulah Ahmad Badawi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, En Lim Kit Siang, En Karpal Sing dan ramai lagi tokoh besar dalam negara ini. Marilah sama-sama kita turun dalam Himpunan 100 Ribu Rakyat Malayasia pada hari sabtu 3hb Julai 2010 di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi mendesak pihak kerajaan memansuhkan judi sukan ini.

Terima Kasih.

Advertisements

3 responses to “Ucapan Radhi Mat Din berkenaan Judi Bola dalam Ceramah sempena Muktamar PAS

  1. Kalau UMNO Rebah, semua akan hancur!!
    Kalau PAS memerintah, Tiada apa apa
    Tetapi kalau PKR memerintah dia mesti buat apa
    Kalau DAP Raja semua tak sudah?
    Kalau MIC jadi Raja entah bila nak sudah?
    kalau MCA jadi boss entah bila nak arah?
    Kalau rakyat pening alamat teruk lah PR ke 13?

  2. INGAT !!! JUDI ADALAH HARAM MANA ADA HALA L ..

    JUST FOR NON MUSLIM BUT STILL NOT RECOMMENDED !

    BODOH LAH MEREKA YANG ASYIK MEMPERKATA ISU INI KERANA DALAM ALQURAN SUDAH ADA!! JUDI ADALAH HARAM!!!

    BOIKOT JUDI!!!!
    KENAPA CADANG BUAT JUDI? SATU TINDAKAN TAK RELEVEN!!

  3. bUDGET SEMUA ORANG BAGI TETAPI KEMANA SEMUA BUDGET TU PERGI?

    JAWAB LAH WAHAI PEMIMPIN SEMUA?

    JAWAB LAH WAHAI PEMIMPIN PAS?
    JAWAB LAH WAHAI ORANG KERAJAAN?
    RAKYAT JADI MANGSA OLEH PENIPUAN PUAK PUAK PEMBANGKANG DAN KERAJAAN SENDIRI YANG PENTINGKAN DIRI..HIDUP NAJIB!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s