Judi bola tanda kerajaan muflis idea ekonomi

Tindakan kerajaan memperkenalkan judi bola sepak, bermula dengan perlawanan piala dunia hari ini, menggambarkan kerajaan sedia ada muflis idea dalam membangunkan ekonomi negara.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan itu membawa negara mundur ke belakang dan membawanya “lebih jauh dari ajaran Islam” dan tatacara kehidupan masyarakat Malaysia.

“Perkiraan dosa-pahala, dan keberkatan hasil negara tidak wujud dalam pertimbanganperancangan ekonomi mereka (kerajaan),” katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa hari ini.

Mengulas soal ekonomi, Abdul Hadi juga berkata dasar ekonomi yang diperkenalkan kerajaan pimpinan BN seperti Model Ekonomi Baru masih bersifat “orde lama”, “tanpa roh” dan “tidak mementingkan akhlak”.

“Sesebuah negara boleh sahaja mempunyai dasar yang melangit matlamatnya, tetapi tanpa akhlak yang dihayati oleh pembuat dan pelaksana dasar, maka negara masih akan dibelenggu dengan sistem liberal kapitalis.

“Akhirnya ianya hanya bersifat membuat perubahan terhadap kulit dan bukannya bersifat holistik yang merangkumi perkaitan antara dosa-pahala dan keadilan menyeluruh,” kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang.

Sementara itu kira-kira 2,00 orang perwakilan dan pemerhati daripada seluruh negara membanjiri Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkatan Chepa, hampir sepuluh kilometer daripada Kota Bharu.

Muktamar parti Islam itu di negeri kubu kuatnya kali ini bertemakan “Islam Adil untuk Semua”.

Advertisements

One response to “Judi bola tanda kerajaan muflis idea ekonomi

  1. setuju bahawa kerajaan sebagai org islam yang memerintah negara ini seharusnya memikirkan dosa pahala apabila membenarkan sesuatu perkara itu.
    tp judi bola sepak tu x dilaksanakan pown. hrp maklum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s