Bantah lesen judi bola: LLG seru rakyat sertai perhimpunan

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (Lim Lian Geok) membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak, tindakan ini bukan sahaja menggalakkan gejala judi, mengaitkan aktiviti sukan dengan judi dan mencemarkan fikiran belia, ia juga tidak dapat membendung perjudian haram secara berkesan.

Presiden LLG Toh Kin Woon (gambar kiri) berkata, asas pemberian lesen judi bola sepak – tidak dapat membendung perjudian haram bola sepak dan bagi meningkatkan pendapatan kerajaan – tidak meyakinkan kami.  Kegagalan membendung perjudian haram adalah disebabkan kelonggaran penguatkuasaan.  Pada tanggapan umum rakyat, gejala rasuah berleluasa di bahagian-bahagian penguatkuasaan.  Kerajaan harus merombak pasukan polis dan bahagian penguatkuasaan lain, tetapi bukan mengetepikan tanggungjawab sendiri.

Hakikatnya, jika bukan hasil cukai kerajaan habis diboros dan disalahgunakan, jika bukan skandal khazanah negara disalurkan ke parti-parti politik yang sering berlaku, negara kita tidak perlu meningkatkan hasil cukai dengan pendekatan mencemarkan fikiran belia dan membahayakan masyarakat.  Seolah-olahnya kerajaan tidak berusaha menangani punca-punca permasalahan tetapi memaksa rakyat memikul beban kegagalan kerajaan.

Ujarnya, pemimpin kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak dengan alasan “mesti adil terhadap komuniti bukan muslim”, membayangkan orang Cina dan orang india gemar berjudi.  Kenyataan sedemikian amat tidak bertanggungjawab dan cuba merosakkan hubungan baik antara bukan muslim dan muslim.  Judi bukan kebudayaan sesesuatu kumpulan etnik, sebahagian orang Cina atau orang India gemar judi tidak bermakna ia budaya seluruh kumpulan etnik, kerajaan tidak patut memperkudakan bukan muslim sebagai alasan meluluskan lesen judi bola sepak.  Beberapa pertubuhan orang Cina telah menyuarakan ketidaksetujuaan terhadap pemberian lesen tersebut.  Judi bola sepak merosakkan nilai-nilai moral dan akhlak warganegara tanpa kira kaum.

Selepas kritikan daripada pertubuhan masyarakat madani dan parti pembangkang, kerajaan berasa bimbang untuk meneruskan pertaruhan judi bola sepak, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan baru-baru ini mengatakan lesen judi bola sepak tidak semestinya dikeluarkan.

LLG menyeru pertubuhan masyarakat madani meneruskan protes terhadap isu ini, menghadiri perhimpunan besar yang dianjurkan oleh “Gabungan Rakyat Membantah Judi” (GMJ) pada 3 Julai 2010 dan menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.  Rakyat mesti mengambil bahagian dalam isu-isu masyarakat, menerajui agenda rakyat, inilah maksud demokrasi.

Selain membantah pemberian lesen judi bola sepak, kami juga menggesa kerajaan menarik balik semua lesen judi Toto/Magnum (menasionalisasikan) dan menguruskan perniagaan tersebut sendiri, kesemua keuntungan akan digunakan untuk kebajikan rakyat.  Kerajaan juga harus mengurangkan bilangan cabutan toto/magnum, menggalakkan rakyat berajin kerja untuk menjana pendapatan, bukan berfikir secara opportunis dan giat membeli nombor ramalan ekor .

*Kenyataan oleh Toh Kin Woon selaku Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.

**Kementerian Kewangan menafikan pemberian lesen pertaruhan bola kepada syarikat Ascot Sports, dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, 7 Jun 2010.

Advertisements

One response to “Bantah lesen judi bola: LLG seru rakyat sertai perhimpunan

  1. bagus. hrp dpt beri lg tekanan kpd kerajaan utk tdk meluluskan lesen judi ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s