Kerajaan Bayar APCO RM76.8 juta

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz akhirnya mengakui kerajaan membayar sebanyak RM76.8 juta kepada Apco Worldwide Sdn Bhd melalui anak syarikat Mind Teams.

Sebelum ini dilaporkan nilai kontrak kerajaan dan APCO tersebut bernilai RM28 juta, namun sebaliknya Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada APCO bernilai AS$24 juta.

Melalui jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu) di Parlimen semalam, jumlah didedahkan Nazri adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Kata Tian Chua, “tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta. Bayaran tersebut ialah untuk tempuh setahun.”

“Saya tidak tahu sama ada dia tersilap atau membuat perkiraan yang salah berhubung kadar tukaran asing ringgit kepada dolar.

Mungkin dia berfikir bahawa ringgit Malaysia masih kukuh dan nilainya hampir sama dengan dolar,” katanya dengan nada sinis.

Tian Chua melahirkan rasa tidak percaya bahawa jumlah wang sebegitu banyak dibayar kepada firma asing yang mempunyai kaitan dengan Israel sedangkan syarikat tempatan juga mampu melakukan tugas yang sama.

chuatianMenteri tidak memberitahu kebenaran walaupun berkali-kali bertanya sekarang kita dapat jawapan bahawa ia perbelanjaan yang sangat besar, bagaimana kita menilainya?

“Adakah perkhidmatan APCO begitu istimewa sehingga memerlukan bayaran sebegitu tinggi kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel? Kenapa tiada syarikat tempatan diambil.Saya pasti firma tempatan mampu melakukan kerja itu,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai syarikat tempatan yang tidak diberi peluan melakukan kerja itu, Nazri menegaskan bahawa APCO telah ditugaskan membaik pulih hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.

“APCO ditugaskan bagi mendekatkan Malaysia dengan Amerika Syarikat. Adakah syarikat Malaysia boleh membantu untuk merapatkan hubungan dengan Amerika?” soal Nazri.

Pelobi terbesar Amerika ialah Israel

Beliau berkata, “melobi adalah perkara biasa di Amerika. Kita perlu lobi untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Pelobi terbesar di Amerika adalah orang Israel,” jelas beliau.

Menurut Nazri langkah diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cukup bagus bagi merapatkan hubungan dua hala serta melaksanakan liberalisasi ekonomi.

‘Najib bukan berfikir mengenai dirinya sahaja, dia berfikir untuk negara. Apa salah beliau jika rapat dengan Amerika? Ia hanya untuk kebaikan kepada ekonomi kita,” kata beliau.

nazri-azizNazri turut memuji prestasi APCO apabila terbukti berjaya mengatur pertemuan antara Najib dan Presiden Barack Obama.

“APCO jalankan kerja dengan bagus. Obama hanya atur masa untuk berjumpa dengan Najib dan Presiden China Hu Jintao. China adalah China, tetapi Obama setuju untuk bertemu Najib,” terang beliau.

“Duit yang kita bayar untuk itu adalah berbaloi dengan pulangan yang kita dapat,” kata Nazri.

Hubungan antara Malaysia dan Amerika kian renggang ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammed dan dan Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.

“Kita perlu pulihkan hubungan baik dengan Amerika yang renggang selama 22 tahun di bawah kepimpinan Mahathir dan enam tahun di bawah Pak Lah. Adakah kamu fikir kita boleh putar balik semua ini tanpa sebarang pelaburan?” soal beliau.

Beliau turut mengeluh dengan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa APCO turut digunakan oleh diktator di seluruh negara.

“Saya tidak pasti mengenai maklumat itu, tetapi diktator mempunyai wang dan akan menggunakannya sebaik mungkin. Jadi apa salahnya mereka menggunakan APCO? Ini bermakna APCO adalah syarikat yang sangat baik perkhidmatannya,” kata Nazri.

One response to “Kerajaan Bayar APCO RM76.8 juta

  1. komen yg meletop drpd nazri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s