PRK Hulu Selangor: JAKIM pula dipergunakan..

HULU SELANGOR, 9 April: Seorang guru di Hulu Selangor memberitahu bahawa kerajaan akan melaksanakan kempen politik secara tidak langsung antara 12 hingga 15 April ini sempena pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Beliau yang enggan dikenali berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) dalam suatu mesyuarat rasmi di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Isnin lalu telah membentuk 15 adhoc program yang membabitkan guru-guru kelas agama dan fardu ain (Kafa), jawi, al-Quran dan fardu ain (J-Qaf) dan pegawai Jakim sendiri.

Ujarnya lagi, guru J-Qaf dan Kafa diarahkan mengadakan beberapa program bersama-sama ibu bapa kepada para pelajar sekolah demi meraih sokongan politik pengundi pada Umno/BN.

Manakala, Jakim pula diminta, menurut beliau akan mengadakan beberapa program khusus membabitkan pengundi-pengundi dari kalangan Orang Asli.

Demi menjayakan kempen secara tidak langsung itu, beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 ribu bagi setiap program tersebut.

Tambah beliau, kesemua 15 program yang membabitkan kaum Melayu dan Orang Asli itu bakal dihadiri para pemimpin Umno bertaraf menteri dan timbalan menteri.

Jamil sendiri, menurut beliau, akan merasmikan satu program rasmi di Gerinchi Jaya, Hulu Selangor.

Dalam perkembangan yang lain, seorang kakitangan di Kementerian Penerangan, Kemunikasi, Kesenian dan Kebudayaan (KeKKWa) turut diturunkan secara langsung di Hulu Selangor.

Menurut beliau, kementerian dijadualkan mengadakan wayang pacak di semua kampung bermula malam esok.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s