Kerajaan PAS Kelantan lantik Ku Li wakil rundingan royalti minyak

Kerajaan PAS Kelantan memutuskan untuk melantik bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai wakil kerajaan negeri dalam rundingan tuntutan royalti minyak dengan Kerajaan Pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu juga memutuskan supaya Tengku Razaleigh, yang juga Anggota Parlimen Gua Musang, menyelesaikan isu tuntutan dalam tempoh empat bulan berkuatkuasa hari ini.

“Mesyuarat Exco hari ini mengambil keputusan bersetuju melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil kerajaan ini untuk berunding menyelesaikan isu tuntutankerajaan negeri berhubung isu royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.

“Surat rasmi pelantikan itu akan dihantar kepada Tengku Razaleigh dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kota Bharu hari ini.

Kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS bertegas mahukan Kerajaan Pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ihsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara itu adalah seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

Husam berkata pelantikan Tengku Razaleigh oleh kerajaan negeri itu tidak melibatkan apa-apa bayaran dari kerajaan negeri terhadapnya.

Ditanya, sama ada pemimpin veteran Umno itu menerima atau tidak pelantikan itu, Husam yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan persetujuan Tengku Razaleigh untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu royalti minyak yang berlarutan antara kerajaan negeri dan Pusat.

Beliau berharap dengan pelantikan itu isu royalti minyak yang dihadapi kerajaan Kelantan akan dapat diselesaikan kerana wakil kerajaan negeri itu adalah merupakan orang yang layak kerana beliau sendiri bekas Pengerusi Petronas serta individu yang bertanggungjawab merangka perjanjian antara kerajaan negeri dan Petronas di bawah Akta Petronas 1974.

– Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s