DPPBTR & PAS Cawangan Taman Mewah anjur program khidmat kesihatan percuma!

Bandar Tun Razak, 7 Mac 2010 – Dalam kesibukan warga penduduk BTR dan sekitarnya memborong barang basah di pasar pagi Jln Jujur, kelihatan berderetan khemah yang turut menempatkan para petugas PAS and tenaga-tenaga terlatih dari Kolej Swasta tempatan sudah bersiap siaga menanti para pengunjung untuk memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma dalam program Hari Kesihatan anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bandar Tun Razak dan PAS Cawangan Taman Mewah.

Sungguh meriah dan tidak menang tangan dengan kehadiran pengunjung tidak kurang dari 200 orang, yang nyata, terdiri daripada golongan muda, tua, kanak-kanak, OKU hatta majmuknya dari pelbagai bangsa. Masing-masing sangat teruja untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan secara percuma antaranya, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kandungan gula dan kolestrol dalam darah, pemeriksaan gigi serta konsultasi diet.

Pengunjung turut tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat terapi mata secara percuma dari pengamal perubatan Permata Hijrah. Turut memeriahkan program adalah booth jualan barangan HPA dan buku-buku agama.

Kehadiran PAS di hati masyarakat dan keterbukaannya dalam bekerjasama dengan institusi-institusi masyarakat dan perubatan jelas membuktikan keseriusan PAS untuk memberikan yang terbaik dari sudut keperluan dan kebajikan masyarakat. Rata-rata pengunjung sangat berpuas hati dengan program yang dianjurkan dan berharap dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Program tamat pada sekitar jam 3 petang. Sungguhpun terpancar keletihan diwajah, namun senyuman manis tetap terukir dibibir sebagai tanda kenangan. Untuk petugas PAS, tentunya perjuangan masih menunggu untuk persiapan Ceramah Maulidur Rasul yang berlangsung pada malamnya. Terima kasih semua & jumpa lagi!

Bandar Tun Razak, 7 Mac 2010 – Dalam kesibukan warga penduduk BTR dan sekitarnya memborong barang basah di pasar pagi Jln Jujur, kelihatan berderetan khemah yang turut menempatkan para petugas PAS and tenaga-tenaga terlatih dari Kolej Universiti Masterskill sudah bersiap siaga menanti para pengunjung untuk memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma dalam program Hari Kesihatan anjuran PAS Kawasan Bandar Tun Razak dan PAS Cawangan Taman Mewah.

Sungguh meriah dan tidak menang tangan dengan kehadiran pengunjung tidak kurang dari 200 orang, yang nyata, terdiri daripada golongan muda, tua, kanak-kanak, OKU hatta majmuknya dari pelbagai bangsa. Masing-masing sangat teruja untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan secara percuma antaranya, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kandungan gula dan kolestrol dalam darah, pemeriksaan gigi serta konsultasi diet.

Pengunjung turut tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat terapi mata secara percuma dari pengamal perubatan Permata Hijrah. Turut memeriahkan program adalah booth jualan barangan HPA dan buku-buku agama.

Kehadiran PAS di hati masyarakat dan keterbukaannya dalam bekerjasama dengan institusi-institusi masyarakat dan perubatan jelas membuktikan keseriusan PAS untuk memberikan yang terbaik dari sudut keperluan dan kebajikan masyarakat. Rata-rata pengunjung sangat berpuas hati dengan program yang dianjurkan dan berharap dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Program tamat pada sekitar jam 3 petang. Sungguhpun terpancar keletihan diwajah, namun senyuman manis tetap terukir dibibir sebagai tanda kenangan. Untuk petugas PAS, tentunya perjuangan masih menunggu untuk persiapan Ceramah Maulidur Rasul yang berlangsung pada malamnya. Terima kasih semua & jumpa lagi!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s