Mansuh ISA, Bicarakan 10 Tahanan

Kenyataan Media DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengecam tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) terhadap 10 orang tahanan terbaru seperti yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein semalam.

DPPWP serta rakyat keseluruhannya tidak boleh menerima kaedah ISA diguna pakai bagi menghapuskan ancaman pengganas. DPPWP bersetuju tindakan diambil terhadap mana-mana suspek pengganas, tetapi bukan dengan cara menahan mereka tanpa bicara. Keganasan serta terrorisme tidak boleh diterima oleh mana-mana negara, bangsa atau agama sekalipun. Ia boleh memusnahkan negara di samping mengancam keselamatan awam.

Namun DPPWP mempersoalkan mengapakah kerajaan menggunakan ISA sebagai langkah pencegahan terhadap pengganas yang dikatakan baru masuk ke dalam negara. Apakah kerajaan sudah habis idea untuk mengambil langkah-langkah pencegahan lain sehingga menggunakan ISA sebagai langkah paling selamat dan cepat. Soalnya, apakah bukti yang jelas mereka ini terlibat dengan pengganas. Boleh jadi kerajaan tersilap menerima maklumat sehingga menyebabkan penganiayaan terhadap mangsa-mangsa ISA seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini.

DPPWP menegaskan ISA adalah lebih ganas dan zalim daripada tindakan mencegah keganasan. Ia menafikan hak manusia untuk mendapatkan pembelaan kerana tiada proses perbicaraan di mahkamah. Suspek juga dinafikan hak untuk mendapatkan peguam serta dilayan secara adil. Dalam kes-kes terdahulu ramai tahanan ISA didera secara fizikal, emosi dan seksual. Ramai juga yang merengkok dalam tahanan lebih dari tempoh masa sedangkan ada yang tidak mengetahui dosa dan kesalahan yang mereka lakukan. Mereka dibebaskan hanya setelah mendapat pengampunan dan rasa ‘puashati’ Menteri Dalam Negeri.

Justeru DPPWP meminta kerajaan menimbang semula tindakan menangkap suspek pengganas di bawah ISA dan mengkaji semula keberkesanan Akta ISA dalam negara ini. Sekiranya mereka memang benar-benar bersalah dakwa mereka di mahkamah yang adil dan hukum mereka menurut hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang.

Disediakan oleh,

MOHD SUHAIMI ABD AZIZ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s