Karnival Hari Kesihatan PAS Bandar Tun Razak meriah!

Desa Tun Razak, 24 Jan 2010 – Tidak semena-mena Markas PAS Bandar Tun Razak di bangunan kedai Desa Tun Razak dikerumuni oleh para penduduk sekitar dari pelbagai latar belakang dan keturunan. Tidak kurang daripada 200 orang pengunjung datang semata-mata untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma dalam program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Bandar Tun Razak.

Seawal jam 10 pagi, 6 buah khemah yang menempatkan khidmat kesihatan percuma dibuka kepada awam. Antara khidmat kesihatan yang ditawarkan  adalah pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kandungan gula dan kolestrol dalam darah, pemeriksaan mata, telinga dan gigi serta khidmat kaunseling dan konsultasi diet. Terdapat juga pameran yang disediakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan berkenaan dengan bahaya penyalahgunaan dadah, pameran  dan penerangan berkenaan kekejaman akta drakonian ISA oleh Gerakan Mansuh ISA serta pameran oleh Yayasan Amal Malaysia berkenaan aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Turut kelihatan juga aksi jual-beli di kaunter jualan produk-produk penjagaan kesihatan seperti HPA, GTC dan Permata Hijrah. Program turut dimeriahkan dengan keletah anak-anak dalam aktiviti dan permainan kanak-kanak.

Uniknya, program yang julung-julung kali diadakan oleh PAS Kawasan Bandar Tun Razak ini mendapat sentuhan tenaga-tenaga terlatih daripada beberapa institusi kesihatan yang rata-ratanya daripada pelbagai latar belakang bangsa dan agama. Keterbukaan mereka untuk turut menabur bakti kepada masyarakat melalui platform PAS membuka lembaran baru dalam agenda dakwah dan kemasyarakatan PAS. Majlis turut diserikan dengan kunjungan seorang warganegara German daripada University of Frankfurt, yang kebetulan berada di Malaysia untuk menyiapkan tesis PhD berkaitan gerakan pemuda Islam.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Hj Mohamed Noor Mohamad dalam ucapan perasmian turut menggalakkan para penduduk untuk mengamalkan budaya hidup sihat sebagaimana yang  telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW melalui sunnah baginda,  Ajaran Islam yang lengkap yang turut mencakupi bidang kesihatan dari aspek pemakanan seimbang, pembudayaan sukan dan olahraga serta penjelasan al-Quran dan Hadis mengenai keunikan kejadiaan manusia seharusnya wajar diambil iktibar dan manfaatnya. Sesungguhnya, Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan segala makhluk ciptaan Allah.

Program tamat pada sekitar jam 4 petang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s