PASTI ar-Raudhah, terbaik dalam Wilayah!

MULA BERTATIH…

Pasti Ar-Raudhah terletak di No 20, Jalan Midah Tengah 3, Taman Midah, Cheras, berdekatan dengan Sekolah Menengah Bandar Tun Razak. Ditubuhkan pada 2002 oleh Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak yang diketuai oleh Sdr Kamarul Aznam Hazari. (Beliau kini merupakan Setiausaha PAS BTR.) Sdr Kamarul dengan dibantu oleh Cikgu Samila (Pengurus Pasti Al-Kauthar sekarang) dan sahabat-sahabat dari Dewan Pemuda dengan modal yang didahulukan oleh Sdr Yuzaimi Abdullah (Naib Ketua Pemuda pada ketika itu) dan telah berjaya menyewa sebuah rumah corner lot di Jalan 1, Taman Jaya (tapak asal) untuk membangunkan sebuah PASTI pertama di Bandar Tun Razak.

Selang beberapa tahun, pengurusan PASTI Ar-Raudhah telah diambilalih oleh Sdr Mohd Isom yang merupakan Pengarah Pasti BTR selepas Sdr Yuzaimi berpindah ke Bangi. Sekitar tahun 2004, teraju pengurusan telah berpindah ke bahu Sdr Abd Halid yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS BTR pada ketika itu (Beliau kini merupakan Timbalan YDP PAS BTR).

JATUH DAN BANGUN…

Antara cabaran yang paling getir apabila yuran pendaftaran dan bayaran sampingan telah hilang dicuri pada hari pertama PASTI ar-Raudhah beroperasi, dalam kesibukan melayan para ibubapa yang datang mendaftarkan anak-anak pada hari pertama persekolahan. Keadaan menjadi semakin sukar apabila jumlah pelajar yang kami terima tidak menepati sasaran.

Mujurlah Dewan Pemuda PAS BTR sanggup mengeluar sedikit suntikan bagi mengekalkan perjalanan PASTI. Rezeki datang bergolek, muncul individu-individu meminjamkan modal (melaburkan modal tetapi tidak mahu tuntut pulangan, melabur untuk pahala).

Pada tahun 2005, tuan rumah tidak mahu lagi membenarkan rumahnya untuk disewa. Pasti Ar-Raudhah terpaksa berpindah ke tempat baru iaitu di tempat sekarang di Taman Midah, tidak jauh dari premis yang lama.

TERUS MELANGKAH…

Pejam celik, kini sudah lebih 7 tahun PASTI Ar –Raudah beroperasi. Usia sudah matang dan mampu berdikari. Alhamdulillah, kini PASTI ini telah berjaya membayar balik semua modal pelabur-pelabur yang memberikan modal untuk menjayakan PASTI Ar –Raudah.

Alhamdulillah, berkat sokongan ibubapa juga yang terus memberikan kami kepercayaan untuk mendidik anak-anak mereka, PASTI Ar –Raudah ini telah dapat berdiri teguh sehingga kehari ini.

KINI MAMPU BERLARI…

Melahirkan 3 kali pelajar terbaik di peringkat Wilayah.

1)      Adik Tasnim Batrisyia Mohd Zakaria – pelajar terbaik 6 tahun 2009.

2)      Adik Nurfarisyia Hani bt Mohd Rezuan – pelajar terbaik 5 tahun 2008.

3)     Adik Ammar bin Adlan – pelajar terbaik 6 tahun

GURU

Kami mempunyai 3 orang guru dan seorang penolong guru. Cikgu Norhaiti bertugas sebagai guru kelas 6 tahun, Cik Atikah mengajar di kelas 5 tahun dan Cik Norain menjaga anak-anak berumur 4 tahun. Puan Zatul Himmah bertugas menjaga anak-anak selepas waktu mengajar.

PERKHIDMATAN

Kami mengambil pelajar-pelajar 4,5 dan 6 tahun. Kami juga menyediakan penjagaan pelajar-pelajar(nursery) hingga ke petang dan juga perkhidmatan transit untuk anak yang bersekolah rendah.

HARAPAN

InsyaAllah, kami akan memperbaiki lagi prasarana dan kualiti pembelajaran pasti ini dari masa kemasa. Semoga anak-anak yang dihantar kesini akan mendapat didikan islam dan akademik awal yang baik yang akan menjadi dasar pegangan mereka apabila mereka meningkat dewasa kelak.

HUBUNGI

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi PASTI Ar-Raudhah di 03-91313795 atau Cikgu Yati di 0173347548 atau Sdr Halid di 0192865611 atau walk in terus ke PASTI Ar-Raudhah (peta).

Advertisements

2 responses to “PASTI ar-Raudhah, terbaik dalam Wilayah!

  1. Salam

    Tahniah atas kejayaan Pasti Ar-Raudah. Moga Allah sentiasa bersama kalian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s