Tasik Sri Johor sudah jadi loji sampah?

Kebanyakan penduduk Villa Laman Tasik di Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, berang dan jelek dengan keadaan tasik Sri Johor di belakang halaman rumah mereka.

Punca utama rasa tidak puas hati adalah disebabkan bau musuk yang menyelinap masuk ke rumah mereka terutamanya selepas hujan dan pemandangan buruk beg-beg plastik dan sampah sarap di tepi tasik.

Seorang penduduk, Lim Lye Hock memberitahu sampah yang terkumpul di tepi tasik mengundang bau busuk dan mencemarkan pemandangan.

“Sampah sarap biasanya kekal di situ sehingga waktu hujan berikutnya, samada akan dihanyutkan air atau tenggelam ke dasar tasik,”kata Lim ketika beliau menunjukkan keadaan tasik ketika lawatan StarMetro bersama sekumpulan penduduk dan pembantu khas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ,Tan Sri Khalid Ibrahim, saudara Chin Chee Kong.

“Kadang-kadang bangkai haiwan seperti ayam turut dihanyutkan air ke sini,” kata Lim.

Beliau mempersoalkan rekabentuk tasik yang dakwanya tidak mengabaikan pengurusan sampah yang asas seperti meletakkan perangkap sampah di saluran air keluar dan masuk ke tasik.

“Kami mengesyaki adakah sistem perangkap sampah ini dibuat mengikut spesifikasi? Adakah ia berfungsi seperti yang dikehendaki. Adakah penyelenggarannya dibuat mengikut jadual?”

Seorang lagi penduduk, Y.S.Lee berkata sesekali kelihatan pekerja am mengutip sampah, tetapi dibuat dengan sambil lewa, perlahan dan tidak konsisten.

(Suatu ketika dahulu: Gambar diambil ketika tasik masih bersih, penduduk dapat menjalankan aktiviti mereka di situ)

“Semacam tiada penyelenggaran berjadual yang baik.  Hanya kawasan tertentu sahaja yang dibersihkan tempat lain langsung tak dihiraukan,” rungut Lee.

Penduduk, Lau Yin Ling menambah bila angin bertiup, bau busuk menusuk hidung.

“Sampah yang berlonggok pun tak dikutip sejak berbulan lepas, terutamanya yang berada di belakang rumah kami.”

“Kelihatan macam mereka sengaja membiarkannya sehingga hujan turun dan menghanyutkannya ke dalam air,” kata Lau yang kelihatan marah.

Pemandang buruk: Longgokan sampah yang dibiarkan berkumpul di tepi tasik.

Penduduk, Omar Khalid menunjukkan tepi tasik yang terlampau cetek menyebabkan kontraktor sukar untuk memungut sampah.

Penduduk, K.M.Leong berkata tasik ini dulunya sangat cantik. “Nak main jet ski pun boleh.”

“Tapi semua dah berlalu. Penduduk pun dah tak mahu jogging di sini”

Penduduk mahukan sampah sarap dibersihkan lebih kerap terutamanya dari punca airnya, Sungai Kerayong. Keadaan tasik perlu juga diperiksa setiap hari.

Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran (JPS),  Hashim Osman berkata kontraktor telah dilantik untuk menyeleranggara Tasik Sri Johor lake. Kerja yang diarahkan termasuk memotong rumput dan kutipan sampah dua kali setiap bulan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s