Pemuda PAS dan Aziz adakan pertemuan susulan

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Selepas para exconya mengasak Profesor Dr Aziz Bari dalam seminar memperkasakan parti Sabtu, 7 November lepas, pimpinan Dewan Pemuda PAS dan Aziz beramah mesra pula hari ini.

Pertemuan susulan  Pemuda PAS dengan tokoh akademik ini pada hari ini, menunjukkan keterbukaan sayap PAS dan Aziz menerima kritikan dan pandangan pelbagai pihak.

Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan berkata, pertemuan tersebut juga sebagai peluang kepada Pemuda PAS menilai keberkesanan gerak kerja mereka disamping mengambil input positif dan berguna bagi lebih memperkemaskannya.

“Ini menunjukkan sikap keterbukaan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mendengar pandangan serta kritikan dan mengambil input-input positif dan berguna daripada semua pihak termasuk tokoh akademik,” katanya pada sidang media selepas pertemuan tersebut.

Pertemuan khas hampir dua jam itu berlangsung secara tertutup di pejabat DPP bangunan PAS Jalan Raja Laut dan turut disertai beberapa Ahli jawatankuasa harian Pemuda PAS.

“Kami Pemuda PAS mengambil sikap menghormati kritikan dan pandangan itu dan wajar kita mendengar dan mendapatkan asas-asas kritikan dan teguran yang dilemparkan kepada PAS,” ujarnya lagi.

Meskipun mengakui kritikan Dr. Abdul Aziz terhadap PAS sangat keras, namun Nasaruddin yakin tindakan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu bertujuan melihat PAS terus teguh dipersada politik negara.

“Saya menghargai kesudian dan kesungguhan Prof. Aziz Bari ini untuk memberi pandangan dan idea.

“Walaupun beliau bukan daripada orang dalam parti, tetapi melihat parti ini perlu bergerak aktif dan melakukan perubahan positif, ” katanya lagi.

Beliau juga turut mengakui ada sesetengah pandangan Dr. Abdul Aziz tidak dipersetujui DPP namun mereka mengambil sikap terbuka dan masing-masing saling menghormati perbezaan tersebut.

“(Perbezaan) itu tidak lah besar sangat, lebih kepada persepsi.

“Beliau ahli akademik membuat persepsi dari luar sedangkan kami dalam parti mempunyai pemerhatian sendiri…. apa yang penting kita tetap menghormati tulisan beliau,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s