Pelajar terbaik dari PASTI BTR

Adik Tasnim Batrisyia bt Mohamed Ali dari PASTI Ar-Raudhah, Bandar Tun Razak telah muncul sebagai pelajar terbaik PASTI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi kategori 6 tahun untuk tahun 2009 ini. Pemilihan telah dibuat berdasarkan peperiksaan khas yang telah diadakan pada Sabtu 7/11/09 di Pasti Hidayah, Keramat. Setiap PASTI di seluruh Kuala Lumpur telah diminta untuk membawa pelajar terbaik dari pasti masing-masing untuk sesi pemilihan pelajar terbaik Wilayah Persekutuan. Untuk kategori 5 tahun, adik Luqman Hakim bin Abd Halim dari PASTI Al-Huda, Segambut telah berjaya mendapat markah terbanyak dan menjadi pelajar terbaik WP.

Majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar terbaik ini akan diadakan di Dewan Serbaguna Melati Impian, Gomabak Setia pada 15/11/09 sempena majlis Ihtifal dan penyampaian sijil tamat persekolahan kepada semua pelajar-pelajar 6 tahun.

Syabas kepada adik-adik yang berjaya dan syabas kepada guru-guru PASTI Ar-Raudhah dan Al-Huda.

Kepada PASTI Ar-Raudhah, ini merupakan kejayaan kali kedua berturut-turut setelah pelajar dari Pasti ini telah muncul sebagai pelajar terbaik untuk kategori 5 tahun, tahun lepas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s