Pusat Komuniti Persiaran Kilang BTR: Kerja belum siap tapi duit dah bayar?

Projek Pia, Pias dan Peka ‘sakit’

SHAH ALAM, 23 Oktober (Sinar Harian) – Pelaksanaan projek di bawah Program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (Pia), program Penyenggaraan Infrastruktur Asas (Pias) dan program Pembangunan Kecil Luar Bandar Kawasan Parlimen (Peka) adalah kurang memuaskan, mengikut Laporan Audit 2008.

Terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan seperti projek lewat disiapkan, kerja yang dilaksanakan tidak mengikut skop asal, perolehan peralatan dan aset dimasukkan dalam skop kerja menyebabkan kos projek meningkat.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, antara lain kelemahan adalah kemudahan yang siap dibina tidak digunakan, pembayaran telah dibuat bagi kerja yang tidak dilaksanakan dan kekurangan pegawai untuk menjalankan kerja pemantau dan penyeliaan terhadap projek.
“Setiap projek yang diserah kepada kontraktor perlu ditetapkan tarikh memula dan menyiapkan kerja.

“Semakan Audit terhadap fail projek mendapati 55 projek Pia, Pias dan Peka berjumlah RM4.92 juta lewat disiapkan oleh kontraktor antara 25 hingga 210 hari manakala 44 projek berjumlah RM5.07 juta tidak dapat ditentukan tempoh siap kerja kerana surat tawaran tidak menet:apkan tarikh memula dan m:enyiapkan kerja,” katanya dalam Laporan Ketua Audit negara 2008, Aktiviti Kementerian/Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.

Semakan Audit berdasarkan laporan itu mendapati hanya Pejabat Daerah Batu Gajah mengenakan denda terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.

“Pejabat Daerah/PPN lain tidak mengenakan denda kerana tiada peruntukan dalam surat tawaran yang membolehkan mereka mengambil tindakan tersebut,” katanya.

Menurut laporan itu, projek membina bangunan tambahan bagi Pusat Komuniti Persiaran Kilang, Bandar Tun Razak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kos berjumlah RM44,698 telah dibuat pembayaran pada bulan Ogos 2008 sungguhpun kerja tidak disiapkan.

“Pada pandangan Audit, PPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu menyiasat tentang bayaran yang tidak teratur ini dan jika ia berlaku akibat daripada penyelewengan, tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil terhadap mereka yang terlibat,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s