PRK Bagan Pinang: Zulkefly fokus estet, pantai dan kem tentera

sumber: Malaysiakini

poster_calon1_n31Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar akan mendekati golongan berpendapatan rendah serta mendapatkan gaji minimum untuk pekerja ladang dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ini merupakan antara usahanya untuk menyelesaikan isu-isu yang disuarakan penduduk di kawasan berkenaan, seramai kira-kira 2,500 pengundi di kawasan Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall serta Sua Betong.

Zulkefly dalam temubual dengan Malaysiakini di rumahnya di Port Dickson hari ini berkata isu tersebut akan dibawa oleh pertubuhan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beliau akan turut diperjelaskannya kepada pengundi.

“Jerit sudahpun turun untuk menemui mereka,” katanya dan menambah perkara itu turut disentuh dalam ceramah Pakatan Rakyat dalam kempennya.

Dalam ceramah di Markas PAS Batu 4 malam tadi, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan mendakwa, BN lebih senang mengambil sikap “menyusukan kera di hutan” dalam menangani tuntutan pekerja ladang berkenaan.

Zulkefly menjelaskan isu berkenaan perlu diketengahkan kepada pengundi berpendapatan rendah di kawasan berkenaan yang didakwanya tidak mendapat perhatian oleh kerajaan BN.

Pantai tercemar

Menurutnya lagi, beliau juga akan menemui keluarga nelayan di sekitar Batu 7, 8 dan 9 yang terjejas pendapatan mereka akibat buangan industri ke kawasan pantai berkenaan.

“Mereka ini adalah nelayan pantai. Apabila pantai tercemar akibat pembuangan toksik, tangkapan mereka terjejas.

“Jadi mereka perlu keluar lebih jauh ke tengah laut dan ini meningkatkan kos mereka.

“Mereka sepatutnya diubah supaya menjadi nelayan laut dalam,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Intan Duyung pagi ini.

Beliau turut menyentuh mengenai masalah tekanan air rendah yang sering dialami penduduk Bagan Pinang dan masalah banjir.

“Ini semuanya berlaku semenjak bekalan air diswastakan kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains). Penduduk juga mengadu kerana bil tinggi.

“Masalah banjir itu banjir biasa yang berlaku selepas hujan kerana perparitan tidak sempurna,” jelasnya lagi.

Pengundi pos

Beliau bagaimanapun enggan mengulas strateginya bagi memenangi undi pos dari anggota tentera di Bagan Pinang. Semalam Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata semakan PAS mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos, yang benar-benar berada di Bagan Pinang.

“Saya tidak ada maklumat itu. Itu biarlah kepimpinan strategi PAS yang jelaskan. Tumpuan saya di sini adalah untuk menemui pengundi dan menjelaskan mengenai rekod PAS dalam memberi khidmat kepada penduduk di sini,” kata Zulkefly.

“Contohnya dalam kes JE di Bukit Pelanduk. Ramai penternak babi di situ yang terjejas dan kita telah tolong mereka untuk dapatkan bantuan. Setakat ini masih ada 132 keluarga yang masih terjejas di kawasan itu,” katanya,

Menurut Zulkefy lagi, walaupun Bukit Pelanduk tidak termasuk dalam kawasan pilihan raya DUN Bagan Pinang, semasa penamaan semalam, ada penduduk dari kawasan itu membawa sepanduk tentang JE.

“Ini menunjukkan isu ini sudah lama, semenjak sebelum Isa Samad menjadi MB lagi, tetapi masih belum berjaya diselesaikan oleh BN,” tambahnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s