PRK Bagan Pinang: Ng Yen Yen mahu cuti-cuti di Port Dickson

Realiti:

  • Pencemaran Pantai Seri Purnama (sini)
  • Pantai PD jadi harta peribadi (sini)
  • Peniaga tempatan diketepikan (sini)
  • No blue sea, just rubbish (sini)

Promosi homestay tarik pelancong luar negara

PORT DICKSON – Kementerian Pelancongan akan memfokuskan produk industri pelancongan iaitu homestay sebagai salah satu tarikan pelancong luar negara.

Menterinya, Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, Negeri Sembilan adalah antara negeri dalam Malaysia yang mempunyai homestay menarik sebanyak 242 buah rumah dengan 416 buah bilik.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan homestay di negara ini kira-kira 3,400 buah rumah dan boleh menarik lebih ramai pelancong untuk menginap serta merasai kehidupan di kampung.

“Kementerian saya sememangnya memfokuskan kepada homestay untuk dijadikan industri pelancongan luar bandar. Negeri Sembilan dikenali sebagai negeri yang mempunyai homestay yang menarik, dan kita akan mempromosi homestay ini di seluruh dunia.

“Kita juga berharap homestay yang ada di Negeri Sembilan ini dapat menarik minat pelancong luar negara,” kata beliau ketika merasmikan Pesta Cuti-cuti 1Malaysia dan Majlis Jamuan Aidilfitri di Dataran Kemang, semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Yen yen berkata, industri pelancongan boleh membawa manfaat kepada penduduk sekitar dengan menambah kegiatan ekonomi hasil jualan produk pelancongan.

“Dahulu Malaysia bergantung kepada ekonomi berasaskan pertanian kemudian bertukar kepada pembuatan. Kemudian setelah mengikut perubahan ekonomi sedunia kita beralih kepada perkhidmatan. Tumpuan sekarang ini kepada industri pelancongan di mana setiap tahun ratusan juta pelancong melancong ke seluruh dunia.

“Jika kita lihat sektor pelancongan di Malaysia pada 2008, jumlah pelancong antarabangsa datang ke sini adalah sekitar 22 bilion, jumlah ekonomi pendapatan kewangan asing kepada negara sebanyak RM50 bilion dan jumlah pekerja Malaysia dalam industri pelancongan lebih 1.2 juta pekerja.

“Ini menunjukkan sektor ini begitu penting, jadi Kerajaan Persekutuan melalui kementerian selalu mempromosikan Malaysia kepada seluruh dunia,” katanya.

Advertisements

One response to “PRK Bagan Pinang: Ng Yen Yen mahu cuti-cuti di Port Dickson

  1. Pingback: PRK Bagan Pinang: Lumut Hitam cemar Pantai Seri Purnama « Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s