PRK Bagan Pinang: Lumut Hitam cemar Pantai Seri Purnama

sumber: Sinar Harian

TELOK KEMANG, 17 Dis 08 – Bilangan pengunjung ke pantai sekitar daerah ini bertambah apabila menjelang musim persekolahan, sekali gus menjana pelbagai aktiviti ekonomi yang menguntungkan kebanyakan peniaga di sini.

Bagaimanapun, pencemaran pantai yang dihadapi di kawasan tertentu di sini sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti terbabit.

Antara yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pelancong adalah kewujudan lumut hitam yang terdampar di Pantai Seri Purnama.

Asmafiza Abdullah, 28, berkata, pantai terbabit mempunyai pemandangan yang indah kerana jarang dikunjungi pelancong, namun kebelakangan ini keindahannya sedikit terjejas apabila banyak lumut didapati terdampar di situ.

“Pantai ini agak tersorok, jadi tidak ramai pelancong yang tahu kewujudannya, tetapi kehadiran lumut hitam di sebahagian pantai itu menyebabkan ia hilang seri.

“Kami kerap berkunjung di sini dan mendapati pantai ini tidak kotor, tetapi baru-baru ini, kami terkejut apabila melihat pantai ini tidak bersih seolah-olah ditutupi sampah berwarna hitam,” katanya.

Selain itu, Ting Soi Ling, 32, juga berkata, kehadiran lumut hitam tersebut sedikit sebanyak mengganggu keselesaan keluarganya untuk beriadah sehingga dia terpaksa mencari kawasan yang lain.

“Lumut itu terdampar di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai, oleh itu kami terpaksa mencari tempat yang lebih jauh untuk mengelak daripada kotoran lumut tersebut.

“Kami tidak tahu sama ada lumut itu kotor atau berbahaya tetapi yang pasti kehadirannya menghalang kami daripada melakukan sebarang aktiviti air,” katanya.

Dalam pada itu, seorang penduduk berhampiran yang ditemui turut melahirkan rasa bimbang kerana pantai berkenaan mempunyai khazanah terumbu karang yang amat sukar didapati di tempat lain dan kemungkinan lumut yang terdampar di situ akan merosakkan khazanah laut itu.

“Lumut itu sekarang terdampar di sebahagian besar kawasan lain, tetapi setakat ini ia tidak mencemar kawasan pantai yang dipenuhi terumbu karang tersebut, tetapi siapa tahu, mungkin ia akan merebak ke kawasan tersebut,” katanya sambil berharap agar pihak berkuasa tempatan mengambil perhatian serius terhadap masalah tersebut.

Advertisements

One response to “PRK Bagan Pinang: Lumut Hitam cemar Pantai Seri Purnama

  1. Pingback: PRK Bagan Pinang: Ng Yen Yen mahu cuti-cuti di Port Dickson « Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s