PRK Bagan Pinang: Pantai PD bukan milik rakyat

Banyak Pantai PD Terselindung Daripada Mata Awam

Avilion Resort PD - Private BeachPORT DICKSON (Bernama) – Orang ramai yang mengunjungi pantai peranginan Port Dickson lazimnya menuju ke pantai-pantai perkelahan popular seperti Pantai Teluk Kemang, Pantai Saujana dan Pantai Blue Lagoon.

Tetapi ketiga-tiga pantai ini sebenarnya antara 16 buah pantai yang indah di Port Dickson, menganjur dari km 3 hingga km 21, tetapi yang lain tidak diketahui oleh orang ramai kerana ketiadaan laluan dan papan tanda ke arah pantai-pantai itu.

Ketiadaan laluan dan papan tanda berpunca kerana pantai-pantai itu dipagari oleh banglo-banglo persendirian dan swasta serta rangkaian hotel seolah-olah menjadi hak milik persendirian walaupun pantai diiktiraf sebagai harta awam di bawah undang-undang.

Senario ini menyebabkan tumpuan berlebihan di ketiga-tiga pantai di atas yang menjadi punca kesesakan dan kekotoran.

Oleh itu pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu sedar potensi pantai Port Dickson dan jangan hanya menumpukan pada pantai-pantai popular ini.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan pantai Port Dickson seperti Pantai Batu Sebelas kesemuanya telah dipagari oleh banglo-banglo swasta dan persendirian sehingga menutup laluan ke pantai yang pernah ada satu ketika dulu.

BANGLO DAN HOTEL BOLOT PANTAI

Banglo persendirian dan swasta juga menutup jalan ke Pantai Batu Sepuluh dan sebahagian Pantai Batu Sembilan selain sebuah hotel bertaraf lima bintang dan sebuah kem tentera hingga tiada lagi laluan untuk sampai ke pantai.

Nasib serupa boleh dilihat di Pantai Batu Tujuh, Batu Enam, Batu Lima dan Batu Tiga – kesemuanya seolah-olah telah menjadi hak eksklusif hotel-hotel bertaraf empat dan lima bintang menyebabkan pengunjung awam perlu melalui kawasan hotel itu untuk ke pantai walaupun satu ketika dulu terdapat laluan ke pantai.

Orang ramai yang secara kebetulan berpeluang mengunjungi pantai-pantai `rahsia’ ini berkata mereka tidak menyangka Port Dickson mempunyai banyak lagi pantai-pantai cantik yang terselindung.

Suri rumah dari Ampang Norzaini Amiruddin, 24, kesal kerana pihak berkuasa tidak membina jalan menuju pantai-pantai terselindung ini.

“Saya mengetahui Pantai Batu Sembilan ini kerana menginap di hotel berhampiran. Sebelum ini saya tidak tahu ada pantai yang indah dan sunyi di sini,” katanya.

PENDUDUK SETEMPAT TURUT KESAL

Corus PD private beachPenduduk tempatan di Pantai Batu 11, Syed Huzair Syed Hamzah kesal kerana satu ketika dulu penduduk kampungnya mempunyai jalan ke pantai yang terletak setengah kilometer di hadapan rumah.

“Sekarang semua banglo-banglo pasang pagar hingga kami tak dapat ke pantai untuk memancing,” katanya yang berharap kerajaan negeri peka dengan masalah itu.

Nasaruddin Abdullah Sani, 43, berkata dia mengetahui Pantai Batu Sembilan setelah ditunjukkan oleh anaknya yang belajar di politeknik berhampiran.

“Pantai adalah hak milik awam, mereka tak boleh menutup jalan ke arah pantai. Perbuatan mereka seperti menutup sungai yang mudik ke hilir,” katanya yang datang dari ibukota.

Pie Rahim, 47, dari Kelang berkata orang ramai tidak tahu pantai-pantai terselindung ini selain berharap kerajaan memajukan pantai-pantai itu daripada dibolot oleh golongan berkemampuan.

PD LEBIH DARIPADA TELOK KEMANG

“Semua orang ingat Pantai PD hanya Telok Kemang saja, kenapa pantai-pantai lain tak dimajukan,” keluh anggota bomba itu.

Kerajaan negeri sebelum ini pernah mengeluarkan amaran supaya pihak hotel tidak menghalang orang ramai daripada mengunjungi pantai tetapi arahan itu tidak menyebut dengan khusus pemilik-pemilik banglo terbabit.

– BERNAMA

Advertisements

One response to “PRK Bagan Pinang: Pantai PD bukan milik rakyat

  1. Pingback: PRK Bagan Pinang: Ng Yen Yen mahu cuti-cuti di Port Dickson « Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s