PRK Bagan Pinang: 1Malaysia mendahulukan rakyat?

13 peniaga kecewa tindakan MPPD

sumber: Sinar Harian

logo_mppd TANJUNG BIRU – `Sudah jatuh, ditimpa tangga’, begitulah nasib yang menimpa 13 peniaga di sini apabila diarahkan keluar dari premis perniagaan masing-masing dan tambah mengecewakan barang perniagaan telah disediakan untuk jualan musim cuti merdeka akan datang.

Sebanyak 13 gerai peniaga akan dirobohkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam masa terdekat berikutan kawasan tersebut bakal dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan baru untuk keselesaan pelancongan.

Salah seorang wakil peniaga, Mohd Dahlan Mohd Yusof memberitahu, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu benar-benar mengecewakan mereka kerana ia dilakukan tanpa notis bertulis supaya premis ini dikosongkan secepat mungkin.

“Sudah 25 tahun kami berniaga di sini, dan kami tidak akan berpindah kerana tempat ini adalah sumber rezeki kami untuk membesarkan anak-anak.

Port-Dickson“Walaupun kawasan ini agak terasing dari jalan utama, namun ini adalah kawasan pelancongan terkenal Port Dickson dan setiap minggu ia adalah tumpuan pelancongan,” katanya.

Beliau juga mendakwa, MPPD akan merobohkan keseluruhan gerai yang ada, tetapi hanya empat unit gerai dan tiga kiosk sahaja akan dibangunkan.

“Pembangunan sebegini adalah tidak adil kerana bilangan kami adalah lebih ramai berbanding kemudahan premis yang bakal disediakan. Kami juga terpaksa memohon kembali berniaga di gerai tersebut, malah bukan sahaja akan bersaing sesama sendiri tetapi bersaing dengan orang luar,” katanya.

Menerusi maklumat yang diterima, MPPD mengeluarkan notis perpindahan pada tahun 2006, namun tiada sebarang notis bertulis dikeluarkan selepas itu kecuali notis secara lisan oleh pegawai MPPD dalam tempoh terdekat.

Peniaga juga mendakwa, mereka tidak pernah diberi cadangan untuk dibenarkan berniaga di sekitar kawasan iaitu ketika pembangunan dijalankan malah pengusaha hotel sekitar juga tidak dimaklumkan tentang penutupan lokasi itu selama 9 bulan.

Wakil peniaga turut mendakwa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu tidak pernah turun padang dan langsung tidak mengendahkan masalah tersebut.

“Kami pernah menghubungi wakil rakyat kawasan ini untuk mengadu masalah ini tetapi tiada sebarang tindakan dan lebih mengejutkan kami, beliau menyuruh kami menyelesaikan masalah ini sendiri,” katanya.

Advertisements

One response to “PRK Bagan Pinang: 1Malaysia mendahulukan rakyat?

  1. Pingback: PRK Bagan Pinang: Ng Yen Yen mahu cuti-cuti di Port Dickson « Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s