PRK Bagan Pinang: PAS umum calon lepas raya

bendera pasKUALA LUMPUR, 9 Sept – PAS akan mengumumkan calon parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang selepas Hari Raya Aidil Fitri, ujar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, di sini.

Beliau turut menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan hari pengundian pada hujung minggu bagi menggalakkan lebih ramai pengundi keluar mengundi.

“Saya jangka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihan raya kecil (DUN Bagan Pinang) ini selepas daripada hari raya (Aidilfitri) dan nama calon kita (PAS) pun akan diumumkan selepas hari raya.

“Saya telah bercakap kepada SPR dan minta mereka supaya hari mengundi bagi pilihan raya kecil ini (Bagan Pinang) diadakan pada hari cuti kerana kalau buat hari bekerja peratusan keluar membuang undi adalah rendah. Kita sarankan supaya SPR menerima baik cadangan kita,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Mustafa yang juga bekas Pengarah Pilihan Raya PAS pusat berkata, beliau juga telah menulis surat kepada SPR untuk berbincang beberapa perkara mengenai proses pengendalian pilihan raya.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Mustafa yang juga bekas Pengarah Pilihan Raya PAS pusat berkata, beliau juga telah menulis surat kepada SPR untuk berbincang beberapa perkara mengenai proses pengendalian pilihan raya.

“Antaranya ialah isu undi pos, kerana di Bagan Pinang undi pos di sini besar, lebih 5,000 orang atau 37 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan yang berjumlah 14,000.

“Kita mahu pengundian ini dijalankan secara telus dan adil,” katanya.

Mengenai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang itu, Mustafa berkata jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat Ahad ini bagi membincangkan persiapan parti itu mengenai calonnya.

Ketika ditanya Mengenai peluang untuk PAS menang di DUN Bagan Pinang, Mustafa berkata, PAS itu yakin mereka masih berpeluang untuk menang di kerusi tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s