PRK Bagan Pinang: PAS desak SPR mansuhkan borang identiti pengundi pos

Kenyataan Media
PAS Terus Desak SPR Batalkan Borang Lampiran 2, Pilihanraya Bukan Hari Bekerja

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof enggan untuk memansuhkan penggunaan Borang Lampiran 2 yang didalamnya mengandungi maklumat peribadi pengundi pos.

PAS kesal dengan sikap tidak progresif dan kurang profesional Pengerusi SPR kerana masih lagi mengamalkan budaya ‘double standard’ dalam melayani pengundi-pengundi Pos diseluruh negara berbanding pengundi biasa.

Jika pengundi biasa, tiada Borang Lampiran 2 diberikan. Malah tiada dalam peraturan sekalipun. Tetapi pelik kenapa Borang Lampiran 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi. Malah kad identiti mereka juga menjadi saksi kehadiran mereka sebagai pengundi yang sah.

N31 Bagan PinangKewujudan Borang Lampiran 2 diyakini atas tujuan membuat semakkan terhadap pengundi-pengundi pos yang pro-Pakatan Rakyat. Ketidaktelusan dalam menjaga kerahsiaan pengundi ini menjadi senjata ampuh SPR dalam membantu kemenangan calon-calon BN kerana calon Pakatan bergantung penuh dengan pengundi biasa, sedangkan BN menguasai pengundi Pos secara paksa rela.

Ini terbukti bila mana wujudnya laporan-laporan sebelum ini yang mendakwa bahawa setiap pengundi Pos akan disemak kertas undinya dengan merujuk nombor siri kertas undi dan Borang Lampiran 2.

Dakwaan yang mencurigakan ini membuatkan ramai pihak mempersoalkan kredibiliti SPR dan ketelusan mereka sebagai agen penyelia Pilihanraya.

Di Bagan Pinang jumlah pengundi yang direkodkan dalam Pilihanraya yang lalu adalah seramai 14,192 orang dengan jumlah pengundi Pos seramai 4,925 orang. Ini bermakna kerusi berkenaan mempunyai 1/3 pengundi Pos berdaftar.

Walaubagaimana pun PAS yakin dengan keadaan sekarang pengundi-pengundi biasa mampu membuat kejutan dan keluar beramai-ramai untuk mengundi calon Pakatan Rakyat.

PAS juga memperingatkan SPR agar tidak menetapkan hari pengundian pada hari bekerja kerana rekod pengundian dalam kebanyakkan Pilihanraya kecil sebelum ini menunjukkan penurunan yang ketara berbanding rekod Pilihanraya Umum Ke-12.

Sewajarnya SPR mengambil statistik penurunan itu sebagai satu peringatan dan tidak menghalang rakyat bagi menunaikan hak mereka dengan mengadakan pilihanraya pada hari bekerja. PAS mahu Pilihanraya kali ini diadakan pada hari Sabtu atau pun Ahad sebagai meraikan hak pengundi.

PAS juga mendesak agar SPR membaca semula empat tuntutan BERSIH yang hingga ke hari ini masih gagal dilaksanakan mereka iaitu.

1.Penggunaan Dakwat kekal dilaksanakan
2.Membersihkan senarai daftar pemilih
3.Mansuhkan undi Pos
4.Membuka ruang yang luas kepada semua parti dan rakyat dalam mengakses media

PAS tetap yakin untuk meraih kemenangan di Bagan Pinang walaupun dengan kelebihan 1 undi sekalipun dan pastinya Umno-BN kini sedang tertekan untuk mempertahankan kerusi berkenaan.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s