Yamakasi tawan KLCC

Kejayaan ‘Spiderman’ menakluk Menara Petronas cemar sistem keselamatan negara

YamakasiKLCCParti Islam Se-Malaysia mengambil pandangan yang serius terhadap tindakan Alain Robert, ‘Spiderman’ dari Perancis yang berjaya menakluk Menara Petronas pagi semalam (1September 2009) tanpa diketahui oleh pengawal keselamatan, termasuklah pihak Polis Diraja Malaysia.

Mungkin ia adalah satu catatan peribadi yang manis buat ‘Spiderman’ itu, tetapi hakikatnya ia adalah satu perkara yang memalukan buat sistem keselamatan Malaysia. Mujurlah dia hanya memanjatnya untuk jadi terkenal dan bukannya ingin memasang bom atau kamera pengintip.

PAS mengingatkan rakyat dan kerajaan Malaysia bahawa ini bukanlah kali pertama premis negara kita di cerobohi tanpa pengetahuan pihak keselamatan pada tahun ini. 4 Julai lalu, mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinawatra yang dikehendaki dinegaranya, berjaya melepasi sistem keselamatan negara di Lapangan Terbang Sultan Abd Aziz, Subang dengan begitu mudah.

Alain RobertThaksin adalah seorang VIP, tapi Spiderman ini bukanlah VIP. Sewajarnya pihak Polis yang tahu beliau berada dinegara ini lebih awal membuat pemantauan memandangkan kehadirannya beliau dua kali sebelum ini mempunyai kaitan dengan niatnya memanjat Menara Petronas.

Rakyat pastinya bimbang dengan jaminan keselamatan dalam negara selepas tragedi ini. Ancaman dari luar boleh masuk bebas tanpa diketahui. Oleh itu PAS mengesa agar pihak Keselamatan Negara mengambil sikap yang serius dalam menjaga keselamatan rakyat dan negara ini kelak.

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s